Support Me Here ^_^

Tuesday, January 31, 2012

Contest Back To Black : Cover Ur Modesty



Hai semua ^_^. Lama dulu saya dah janji dengan tuan punya contest, Kak Maera nak join contest ni. Tapi sebab banyak kekangan, memang tersangat lewat la join contest yang sangat menarik ni. Tak nak buang masa. Jom tengok syarat-syaratnya (saya adaptasi dan ambil dari blog Kak Maera).

...............................................................................................................

1) Buat satu entry bertajuk "Contest Back To Black : Cover Ur Modesty" (done)

2) Letakkan banner contest dan link ke entry mid-sayang.blogspot.com (entry contest Kak Maera la). (done)





3) Sertakan satu gambar diri yang memakai pakai berwarna hitam (sahaja) dan menutup aurat. (done)

Jadi, saya bagi gambar ni




4) Terangkan pakaian yang dipakai dan di mana pakaian tersebut dibeli. (done)

Apa yang saya pakai? Simple je, tapi sangat selesa dan mudah dipakai.

Jubah hitam, ada tambahan labuci dan manik di dada dan lengan baju. Saya beli di sebuah kedai di Jalan TAR.  Kedai tu memang banyak sangat jubah hitam. Abaya pun ada. Cantik-cantik taw. Ni jubah pertama yang saya beli sebab teringin sangat nak pakai jubah. Bila dah pakai, serius memang best. Masa mula-mula beli, jubah ni besar sangat sebab saiz tak ada, tapi nak yang ni jugak. Alter kali pertama, sempit sangat, terpaksa alter lagi sekali. Baru ok. Harga jubah ni saya tak ingat. Tapi kurang dari RM100. ^_^

Tudung express. Tudung ni banyak dijual di pasar-pasar malam, butik-butik. Memang nampak biasa. Batu-batu permata pun tak ada. Harga pun tak mahal. RM10 je. Tahun lepas saya beli di pasar malam sebab senang nak pakai kalau nak ke mana-mana, sarung je ^_^. Tapi memang selesa dan sejuk. Kadang-kadang tudung macam ni tak selesa di bahagian awning. Tapi tudung ni tidak. Terbentuk elok bila dipakai. Tudung ni sangat banyak berjasa bila tiba saat-saat genting, saat-saat kesuntukan masa. Terus sarung, dah siap. ^_^

5) Copy link penaja utama (done)


6) LIKE fanpage mereka ^_^ (done)


7) Bila semua dah siap, copy link entry dan post di ruangan komen di entry contest. (done)

...............................................................................................................


Hadiah-hadiahnya sangat menarik taw ^_^.


2nd Runner :: One Concealer stick by Ardini Humaira , One MYSTERY PRIZE and 3 month free banner advertisement from Khumaera Ismail (total worth RM80)



1st Runner :: One Concealer stick by Ardini Humaira , One MYSTERY PRIZE and 3 month free banner advertisement from Khumaera Ismail (total worth RM100)



CHAMPION :: One extra lasting lipstick spf15 by Ardini Humaira, One MYSTERY PRIZE and 5 month free banner advertisement from Khumaera Ismail (total worth RM150)

Macam mana? Menarik kan? Ohh...kalau dapat salah satu hadiah kat atas ni, memang bersyukur, seronok sangat. Tapi, yang penting entry ni disediakan untuk menyokong contest yang dibuat dan ditaja oleh Kak Maera (Khumaera Ismail) dan Ardini Humaira. ^_^


Tarikh tutup :
1 FEBRUARI 2012



p/s : Alhamdulillah, dapat jugak buat entry ni walaupun di saat-saat akhir. Harap masih sempat join contest ni. Terima kasih kepada penganjur, Khumaera Ismail dan Ardini Humaira kerana menganjurkan contest yang menarik ni. Banyak mesej yang ingin disampaikan kalau difahami maksud tersirat disebalik contest ni.

FOOTER : Pelengkap Blog? Ohh... Ada Barang FREE Juga ^_^



Hai semua ^_^. Apa khabar? Sekarang dah terasa bahang kesibukan bila masuk bulan kedua sesi kuliah semester 5 ni. Banyak nak kena fikir, banyak nak kena buat, banyak nak kena selesaikan. Agak-agak nak kahwin nanti lagi sibuk tak? Ehhh.... cakap pasal kahwin pulak. Hehe...

FOOTER. Ramai blogger letak footer kat blog kan? Saya dah lama nak letak. Tapi tak letak jugak. Bukan tak ada masa sebelum ni. Tapi mood buat footer belum ada. Tiba-tiba hari ni ada mood. Jadi, dengan tiba-tiba jugak blog saya dah ada footer sekarang. Hehe... blog lain dah lama ada khalila oiiii.... 



Saya guna gambar masa pergi Lumut hari tu. Bertukang sana, bertukang sini, terhasillah footer tak seberapa kat atas tu. Jadi la nak buat puas hati. Tak rumit sangat. Cuma perlu letakkan jiwa, perlu feel masa nak buat footer tu. Heheh... lebih-lebih pulak. Kalau korang enjoy masa proses nak buat benda ni, tak ada masalah la.

Kenapa saya kata footer ni pelengkap blog? Saya teringat ada satu entry sorang blogger ni, blog ada pembuka, ada jugak penutupnya. Header sebagai pembuka, footer pulak sebagai penutup. Logik jugak kan? Tapi tak wajib pun. Ikut kemahuan blogger tu la. Tak ada masalah pun. Macam saya, saja suka-suka dan teringin nak letak footer.

Macam mana nak letak footer dalam blog? Saya selalu rujuk tutorial dari Lyssa Faizureen. Klik banner cik adik Lyssa kat sidebar tu kalau nak tengok tutorial dia yang tersangatlah banyak. Macam-macam ada kat situ.

Macam saya tadi, bila dah siap gambar untuk footer, UPLOAD kat PHOTOBUCKET. Copy KOD HTML. Kemudian......

Dashboard > Layout > Add a Gadjet (bawah sekali) > HTML/JavaScript > Masukkan kod HTML tadi.

kemudian, save la ye ^_^.



Tadi, tiba-tiba rajin buat footer banyak-banyak. Kalau nak, ambil je la. Saya dah upload sekali kat Photobucket. Kalau nak, korang klik kat gambar footer tu dan akan direct ke album saya di Photobucket. Kemudian copy je la kod html yang ada kat situ. Pastu letak kat blog macam saya bagi tau tadi ye. Tapi saya buat simple je la. Kalau berminat, ambillah. Kalau tak, tengok je lah. Hehe..



.................................................................................................................




















.................................................................................................................

Saiz sebenar = 900 x 175 pixel (+/-)
Font = Comic Andy / Shoplifter
Software = Adobe Photoshop / Microsoft Power Point / Photobucket


p/s : Tengah rajin, macam-macam nak buat. Dah malas, satu benda pun tak ada. Huhuu...

Friday, January 27, 2012

Tutorial Photoshop : Background Hitam Pada Gambar



Hai semua ^_^. Tadi ada sorang kawan blogger saya (Cik Pza) tanya macam mana nak buat background gambar kita jadi gelap / hitam. Saya tak dapat nak terangkan dengan jelas dalam chat. Jadi saya buat tutorial ni. Maaflah, saya bukan pro sangat guna Photoshop. Yang basic saya tau la hasil explore sendiri selama ni dan ada jugak kawan dan makcik saya ajar. Adobe Photoshop yang saya guna pun version lama, Adobe Photoshop 7.0. Kenapa tah tak boleh install latest version. Huhuu... Tak apa lah. Janji boleh jugak edit gambar. Kan? ^_^

Jadi dari apa yang saya faham, mungkin Cik Pza nak buat gambar jadi macam ni ,


Ok, kalau betul jom kita mula ikut step kat bawah ni ye. Sebenarnya ada beberapa cara boleh digunakan. Tutorial ni salah satu caranya ok.

Maaf, entry ni banyak gambar. Takut berat. Huhuu..

Ohh.... maaf kalau tak faham. Saya tak biasa sangat buat tutorial.

Jom MULA ^_^

---------------------------------------------------------------------


Buka gambar yang korang nak edit di Adobe Photoshop.



Pilih MAGNETIC LASSO. Tengok anak panah warna merah tu.



Klik dan leret pada sekeliling gambar yang korang nak. Disebabkan ini adalah Magnetic Lasso, dia akan lebih sensitif. Jadi korang kena berhati-hati. Mungkin korang kena klik, leret, klik, leret, klik lagi, leret lagi. Huhuu... kalau die tersasar, klik BACKSPACE dan buat balik sampai garisan tu bersambung di tempat mula tadi.



Nampak tak ada lebihan SELECTED AREA tu? Jangan risau. Korang tak perlu nak mula balik step sebelumnya. Korang cuma klik button SUBSTRACT FROM SELECTION kat anak panah tu. Andai kata terkurang kawasan selected area, korang klik button sebelah kiri button substract.



Sekarang korang kena klik dan leret mengelilingi kawasan lebihan tu. Kalau kurang jelas, klik gambar untuk besarkan.



Sekarang klik kanan dan klik pada option FEATHER.



Nanti box macam kat gambar tu akan keluar. Korang boleh set nilai Feather yang korang nak. Emm.... macam mane ek nak terangkan fungsi Feather ni. Korang cuba dulu, set nilai besar dan nilai kecil. Korang akan nampak bezanya.



Seterusnya korang klik kanan lagi dan klik pada option SELECT INVERSE. Kenapa? Sebab kita nak edit bahagian luar gambar yang kita pilih tadi.



Ok, sekarang Selected Area tadi dah bertukar ke bahagian luar gambar saya.



Sekarang, untuk tukarkar background gambar tu jadi hitam, klik pada EDIT dan FILL.



Kotak tersebut akan keluar dan klik pada USE dan pilih BLACK. Seterusnya klik OK.



Ok, background tadi dah bertukar jadi hitam. Senang kan? ^_^



Untuk buang garis putus-putus selected area tadi, klik kanan dan klik DESELECT. Siap dan boleh SAVE dah. 

Ooppss... korang boleh edit lagi. Kalau nak edit, skip step kat atas ni, dah teruskan dengan step seterusnya.



Untuk edit gambar manusia tu, klik kanan dan klik SELECT INVERSE.



Klik pada IMAGE, kemudian ADJUSTMENTS dan klik pada mana-mana option yang korang nak. Sebagai contoh, saya klik LEVELS.



Ok, korang boleh adjust kat anak panah tu. Tu yang basic la.



Kemudian, korang boleh edit gambar tadi dengan letak FILTER. Klik pada FILTER dan pilih lah mana-mana option kat situ. Sebagai contoh saya klik ARTISTIC dan kat situ pun ada banyak option yang korang boleh pilih.



Saya pilih WATERCOLOUR dan korang boleh adjust macam mana hasil yang korang nak. Kat box tu siap ada preview sekali. Jadi, korang boleh adjust dan tengok macam mana hasilnya sebelum korang klik OK.



Hasil filter watercalour tadi jadi macam ni.


Nak edit lagi? Bolehhh.... macam contoh yang saya bagi, saya tambah TEXT dan guna BRUSH untuk rama-rama tu. ^_^



Inilah hasilnya. Dah siap ^_^.

Selamat mencuba ^_^


p/s : Maaf ye kalau tak faham tutorial ni. Saya pun tak pandai sangat. Tau yang basic je.

Thursday, January 26, 2012

Mandi Haba di Manjung - Lumut


Hai semua ^_^. Musim cuti kalau tak berjalan-jalan tak sah ye. Asal free je terus plan nak lepak-lepak walaupun duit takde. Hehe... Kebetulan mereka berdua ni free, jadi ambil kesempatan la nak jumpa. Lain kali belum tau lagi bila ada masa free. Tapi, cuma bertiga je. Lagi dua orang yang selalu lepak sama tak ada. Tak apa lah. InsyaAllah lain kali ye.

Sebelum ni dah lepak Teluk Intan. Kali ni kami punye misi sampai Manjung dan Lumut. Sekali sekala pegi sukat jalan jauh-jauh apa salahnya kan? Hehee... jauh tak jauh la. Sejam lebih dah sampai sana. Cik Suraya yang baik hati jemput saya kat rumah pukul 9.30 pagi. Lepas tu ambil Zareda pulak kat rumah dia. Pagi-pagi Zareda kata dah lapar. Saya pun tak makan lagi ok. Ohhooooiiii... kenapa saya cakap mandi haba? Hari itu sangat terik. Terasa bahangnya.




Perut dah bercanda riang dah. Tak buang masa, terus kami kejar makanan kat Manjung. Makan kat mana? KFC? McD? A&W? Ohh.... no no no... pagi-pagi tu perut kami perut melayu, bukan perut barat. Singgah kedai Rojak Manjung. Nama die Rojak Manjung, tapi macam-macam ada. Mungkin sebab tu kedai dia bernama Rojak Manjung. Ambil nasi separuh, ayam masak merah, kari cendawan, air limau ais = RM 5.80. Haaa.... ok la kan? Kalau kat restoran makanan segera mesti dekat RM 10 jugak satu kepala.



Tak menarik? Takpe, janji perut kenyang. Hehe...

Lepas makan, terus pegi panggung wayang. Tak nak buang masa. Kami dah plan nak tengok Journey To The Mysterious Island. Tengok trailer die macam best sesangat je. Pastu sebab The Rock berlakon. Hehe... dah lame tak nampak The Rock. Dulu tengok die kat wrestling je. Hah!? Jangan tak percaya saya tengok wrestling kecik-kecik dulu. Haha

(LINK)

Best jugak movie ni. Mysterious Island dalam cerita ni memang sangat cantik. Kalau saya budak 4, 5 tahun tak mustahil saya percaya pulau misteri tu betul-betul ada.Nanti lah kalau rajin saya buat review movie ni. Bile ye movie ni keluar? Ke saya yang lambat tengok movie ni? Hehee...

Selesai tengok wayang, kami solat sekejap di masjid yang terletak kat Lumut tu. Lepas tu plan nak pegi Marina Island, tapi bila sampai sana macam tak ada apa sangat je, kami patah balik pegi Lumut. Makan-makan lagi. Boleh tahan murah la tempat tumpuan orang ramai kat situ kan. Saya makan kuetiaw goreng dengan air limau ais = RM 5. Ok la kan? Boleh laaa.... Alhamdulillah... janji kenyang.





Nak cari parking punye la susah. Entah apa ramai-ramai orang buat kat Lumut tu. Agaknya ramai pegi holiday kat Pangkor masa Tahun Baru Cina tu kan. Eh, kalau korang nak tau, satu lagi jeti untuk ke Pangkor ada kat Marina Island tu. Kalau rasa taknak bersesak-sesak kat Lumut, datang ke Marina Island la ye.
 
Lepas makan tak tau dah nak pegi mana. Jalan-jalan area jeti tu sekejap, ambil-ambil gambar, hirup bayu dari laut.... ewahh... ^_^. Ohhh..... pegi Lumut tak sah kalau tak memborong makanan hasil laut kat situ. Macam-macam ada. Kalau nak ikan bilis yang best, memang banyak la korang boleh dapat kat situ.











Last, but not least....... i love next two pictures ^_^




Beberapa gambar, credit : Zareda


p/s : Serius, hari tu memang panas terik. Rasa nak bawak air-cond pegi jalan. Bila balik dah sampai Teluk Intan, hujan pulak. Kuasa Allah ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...