Hai semua ^_^. Akhirnya..... dah masuk tahun 2012 pun kan? Tahun lepas dan tahun ni, macam semalam dan hari ni. Memang la. Semalam 2011. Hari ni 2012. Tapi........ betul, perkara-perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011 macam baru semalam je berlaku.
Pernah tak terfikir? Rasa macam baru semalam je gaduh dengan member. Padahal perkara tu dah 5, 6 bulan berlaku. Rasa macam baru semalam daftar semester baru. Ehhh..... lusa dah nak mula sem baru lagi. Haishh.... masa macam cepat sangat berlalu sekarang ni. Baru hari Isnin. Sedar-sedar dah hari Ahad, esok dah Isnin balik.
TAPI................... Bila dalam kelas.... Takde pulak terasa masa tu cepat berlalu. Kenapa eh? Jeling jam baru pukul 9.00 pagi. Lecturer komplen student tak kasi tumpuan dalam kelas. Alih balik mata kat lecturer yang cantik hensem. Jeling lagi kat jam.... haishh......! Kenapa baru pukul 9.05 pagi??? Perut dah play lagu Avril Lavigne, Wish You Were Here (eh, nak wish sape yang here tu?). Lapar kan. Pukul 10.00 pagi baru rehat. Hehe..
Semua orang pasang azam nak jadi lebih baik dari tahun lepas. Umum sangat tu. Tapi dah cukup untuk bakar semangat diri sendiri supaya jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya tak perlu nak tunggu tahun baru baru nak pasang azam. Hari-hari kita kena berazam untuk jadi lebih baik dari semalam. Haipp! Bukan saya kata tak boleh pasang azam bila tahun baru. Pasang la. Tak salah pun.
Mungkin kita rasa banyak kekurangan yang berlaku pada diri tahun lepas. Tak salah untuk bagi semangat kepada diri sendiri dengan berazam macam-macam tahun ni. Pegi kelas lebih awal. Siap assignment lebih awal. Ambil lesen. Beli kereta. Beli rumah. Nak kurus. Nak tambah berat badan. Nak pindah rumah. Nak masuk universiti. Nak dapat 5A, 8A, 10A. Nak tinggi, nak rendah. Eh, boleh ke?
Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita. Namun, jangan sesekali tinggalkan kegagalan kerana kegagalan banyak mengajar erti kehidupan supaya kita menjadi insan yang lebih baik. ^_^
p/s : My 2012 bermula dengan penuh senyum lebar ^______________^ <--- cukup lebar tak?
tanamkan azam teguhkan tekad untuk lebih sukses pada hari esok dan hari2 seterusnya. kejarlah sebuah kemanisan dalam sebuah kehidup tetapi ingat bahawa walaupun kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
12 menconteng:
thun ni nk kawen!!!!!hohoho...tutup buku lme,bukak buku baru
tanamkan azam teguhkan tekad untuk lebih sukses pada hari esok dan hari2 seterusnya. kejarlah sebuah kemanisan dalam sebuah kehidup tetapi ingat bahawa walaupun kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
rasa mcm bru smlm kak khalila snyum kt bolat =)
hye comel..I have tag you in one of my entry..check it out..
http://skyofloveya.blogspot.com/2012/01/11-things-n-new-year-2012.html
do reply if you have time and let me know ya..=)
azam baru kak lila...dapt bf baru kan? HAHAHA :P
moga 2012 mnjanjikan sesuatu yg mmbahagiakan kak ila..
btw, darl..dia da pm honey la....
@aReLaN
alan nak kawen ke taun ni?? waa bestnye bestnye! tahniah... hehe... mmg kene bukak buku baru pun, sem baru dah kan. hehe
@zizidiazora
betul tu abang zizi. nak berjaya bukan mudah. selagi tak gagal, selagi tu la x akan merasa kejayaan yg sebenar2nya.
@CekbOlat-bOlat
hehee.... bila nmpak bolat, akak sentiasa senyum taw ;)
@SkY of lOvE
hye zana... time kasih tag. hehe.. insyaAllah ad masa akak jawab soalan2 tu ;)
@.faris.
ahahaaa.... tu bukan azam la. tu rezeki namanye. hehe
@Honey Kumicky
insyaAllah...time kasih honey. honey pun jugak ye. moga ap yg dihajat tu tercapai.
wahhh... hepy la tu ye. hehe
Post a Comment