Support Me Here ^_^

Sunday, July 31, 2011

Segalanya Indah Bila Di Rumah Sendiri ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Jumaat lepas (29 Julai 2011) saya curi masa sikit balik kampung. Last balik hari tu masa cuti midyear (cuti sem). Ade la dalam sebulan lebih kan. Mana-mana tempat di dunia ni, rumah sendiri la yang paling selesa. Walaupun rumah saya tak la macam istana. Rumah biasa-biasa je dekat kawasan bendang (sawah). Atas kayu, bawah batu, hehee... Tu la kebiasaannya rumah kat kawasan kampung. Rumah korang macam mana? Banglo? Teres? Pangsa? Kuaters? Apartmen? Istana? Huhuu... Tak kisah la macam mana rumah kita kan. Kat situ la tempat kita berteduh. Rumahku, Syurga ku. 

Saya balik hari tu, rasa macam lega sangat-sangat. Jauh dari kesibukan bandar. Kalau tak, selak je langsir, bukak je tingkap, dah nampak kereta lalu lalang. Nampak orang sibuk pegi kelas. Tengok meja je, dah nampak bayang-bayang assignment betimbun. Ohhh...... tak pasal-pasal rasa macam ada "cangkerang" besarrrrrr kat belakang badan ni haaaa.....! Berat berat berat! Tapi............ itulah tanggungjawab kan? Tanggungjawab saya dan kita semua untuk belajar. Bagi yang dah kerja, tanggungjawab untuk bekerja la. Saya lambat lagi nak mula kerja. InsyaAllah kalau Allah panjangkan umur, 2 tahun lebih lagi saya tamat belajar, posting la kat mana-mana. Sabah? Sarawak? Kalau dah rezeki periuk nasik kat sana, pegi je la kan. Walaupun rasa berat, lama-lama best la kan. Hehe..

Kalau saya balik, mesti tanye kat ayah, "Ayah, kat rumah ada pelam tak?". Ayah pun jawab, "Tak ada, kuini ada la." Saya pun kehampaan sikit. Heheh.... Saya "hantu" pelam ok. Pelam @ mangga muda. Kalau ada kat rumah tu, memang sebijik dua hilang la dari pokok. Tapi sekarang pelam kuini banyak la. Pelam kuini tak best sangat kalau makan mentah, keras. Sejak azali lagi memang banyak kat rumah tu. Korang penah tak makan pelam kuini? Bau die wangi terlampau. Siap boleh buat perfume! ------> hiperbola. Tapi betul, saya rasa tu la pelam/mangga paling wangi sekali. Rasa pun masam-masam manis gitu. Memang sedap. 


Ni la die pelam kuini. Kalau korang jumpe pelam kuini ni, cuba la. tak rugi punye. Tapi sape-sape yang virus batuk bersarang kat tekak die tu, baik jangan makan. Karang bermaharajalela le batuk korang tu ha. Pelam kuini ni, mentah ke, masak ke kulit die tetap hijau. Macam mana nak tau die dah masak? Salah satunya, dari bau. Kalau bau die dah wangi, masak la die. Satu lagi cara, kalau die gugur tu pun maknanya die dah masak. Gugur dengan sendiri tau, bukan korang tolong gugurkan. Hehee..

Buah-buah yang lain semua pakat mentah muda remaja lagi time2 saya balik ni. Haishh.... Tak percaya? Tengok la ni haaa......

Masih baby.....

Awal remaja......

Tengok tu, kelapa mawar pun bawah umur lagi.... haishh...
Mesti nak tunggu raya ni...

Tapi............. ada sebiji ni yang tau saya nak balik kut. Pandai die masak tepat pada waktunye. Hehee....



Sayang lebih la buah yang sebijik ni. Jangan ingat Goku je ade Dragon Ball 7 bijik semuanye. Saya ada dragon fruit. Huhuu... Sedap! Yang ni buah naga merah. Ada sejenis lagi buah naga putih. Makan sejuk-sejuk (letak dalam peti ais) laaaaaagi sedap menjilat pisau. Eh! jangan buat pulak ye jilat-jilat pisau ni. Buah-buah ni hasil tanaman ayah saya. Setakat ni, hampir semua yang dia tanam, Alhamdulillah menjadi. Tapi ada la jugak kan yang tak menjadi, takde rezeki.


Ohhh... tu ayah saya. "Hye ayah ^_^". Beliau tengah bekerja. Ayah saya bukan muda belia lagi. Tahun ni umur ayah masuk 60 tahun. Tapi beliau masih kuat bekerja. Walaupun dah bersara, sayang tanah peninggalan arwah atuk kalau tak diusahakan. Sesiapa yang membaca atau terbaca entry ni, mohon doakan kesihatan yang baik untuk ayah saya ye. Terima kasih ^_^. Andai dia rebah, umpama luruh separuh hati, orang lain tak nampak, diri sendiri yang merasa. 

p/s : Walau menyewa sebuah apartment mewah sekalipun, rumah sendiri jugak yang paling selesa ^_^.

6 menconteng:

DanieL AdiE said...

Home sweet home...

Bidadari Syurga said...

perghhhhhhhh! mangga telur tu? arghhhhh geram... adik jahat...! akak kempunan mangga telur muda... arghhhhhhhhhh. sampai hati... huk huk huk

khalila ishak said...

@DanieL AdiE
hehe... tapi balik sekejap je. hari ni dah ad kat kampus. nak smbut 1 Ramadhan same2 pun x sempat. huhu

khalila ishak said...

@Bidadari Syurga
ampun kak ampunnnnnn.... hehee... akak suke pelam telur ye? tp belum besar la kak. kecik lagi tu.

Anonymous said...

x sabar nk balik PERAK ;D

khalila ishak said...

@.faris.
hehee... jangan lupe balik OK! ^_^. nanti mak akak masak rendang banyak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...