Support Me Here ^_^

Sunday, July 31, 2011

Segalanya Indah Bila Di Rumah Sendiri ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Jumaat lepas (29 Julai 2011) saya curi masa sikit balik kampung. Last balik hari tu masa cuti midyear (cuti sem). Ade la dalam sebulan lebih kan. Mana-mana tempat di dunia ni, rumah sendiri la yang paling selesa. Walaupun rumah saya tak la macam istana. Rumah biasa-biasa je dekat kawasan bendang (sawah). Atas kayu, bawah batu, hehee... Tu la kebiasaannya rumah kat kawasan kampung. Rumah korang macam mana? Banglo? Teres? Pangsa? Kuaters? Apartmen? Istana? Huhuu... Tak kisah la macam mana rumah kita kan. Kat situ la tempat kita berteduh. Rumahku, Syurga ku. 

Saya balik hari tu, rasa macam lega sangat-sangat. Jauh dari kesibukan bandar. Kalau tak, selak je langsir, bukak je tingkap, dah nampak kereta lalu lalang. Nampak orang sibuk pegi kelas. Tengok meja je, dah nampak bayang-bayang assignment betimbun. Ohhh...... tak pasal-pasal rasa macam ada "cangkerang" besarrrrrr kat belakang badan ni haaaa.....! Berat berat berat! Tapi............ itulah tanggungjawab kan? Tanggungjawab saya dan kita semua untuk belajar. Bagi yang dah kerja, tanggungjawab untuk bekerja la. Saya lambat lagi nak mula kerja. InsyaAllah kalau Allah panjangkan umur, 2 tahun lebih lagi saya tamat belajar, posting la kat mana-mana. Sabah? Sarawak? Kalau dah rezeki periuk nasik kat sana, pegi je la kan. Walaupun rasa berat, lama-lama best la kan. Hehe..

Kalau saya balik, mesti tanye kat ayah, "Ayah, kat rumah ada pelam tak?". Ayah pun jawab, "Tak ada, kuini ada la." Saya pun kehampaan sikit. Heheh.... Saya "hantu" pelam ok. Pelam @ mangga muda. Kalau ada kat rumah tu, memang sebijik dua hilang la dari pokok. Tapi sekarang pelam kuini banyak la. Pelam kuini tak best sangat kalau makan mentah, keras. Sejak azali lagi memang banyak kat rumah tu. Korang penah tak makan pelam kuini? Bau die wangi terlampau. Siap boleh buat perfume! ------> hiperbola. Tapi betul, saya rasa tu la pelam/mangga paling wangi sekali. Rasa pun masam-masam manis gitu. Memang sedap. 


Ni la die pelam kuini. Kalau korang jumpe pelam kuini ni, cuba la. tak rugi punye. Tapi sape-sape yang virus batuk bersarang kat tekak die tu, baik jangan makan. Karang bermaharajalela le batuk korang tu ha. Pelam kuini ni, mentah ke, masak ke kulit die tetap hijau. Macam mana nak tau die dah masak? Salah satunya, dari bau. Kalau bau die dah wangi, masak la die. Satu lagi cara, kalau die gugur tu pun maknanya die dah masak. Gugur dengan sendiri tau, bukan korang tolong gugurkan. Hehee..

Buah-buah yang lain semua pakat mentah muda remaja lagi time2 saya balik ni. Haishh.... Tak percaya? Tengok la ni haaa......

Masih baby.....

Awal remaja......

Tengok tu, kelapa mawar pun bawah umur lagi.... haishh...
Mesti nak tunggu raya ni...

Tapi............. ada sebiji ni yang tau saya nak balik kut. Pandai die masak tepat pada waktunye. Hehee....



Sayang lebih la buah yang sebijik ni. Jangan ingat Goku je ade Dragon Ball 7 bijik semuanye. Saya ada dragon fruit. Huhuu... Sedap! Yang ni buah naga merah. Ada sejenis lagi buah naga putih. Makan sejuk-sejuk (letak dalam peti ais) laaaaaagi sedap menjilat pisau. Eh! jangan buat pulak ye jilat-jilat pisau ni. Buah-buah ni hasil tanaman ayah saya. Setakat ni, hampir semua yang dia tanam, Alhamdulillah menjadi. Tapi ada la jugak kan yang tak menjadi, takde rezeki.


Ohhh... tu ayah saya. "Hye ayah ^_^". Beliau tengah bekerja. Ayah saya bukan muda belia lagi. Tahun ni umur ayah masuk 60 tahun. Tapi beliau masih kuat bekerja. Walaupun dah bersara, sayang tanah peninggalan arwah atuk kalau tak diusahakan. Sesiapa yang membaca atau terbaca entry ni, mohon doakan kesihatan yang baik untuk ayah saya ye. Terima kasih ^_^. Andai dia rebah, umpama luruh separuh hati, orang lain tak nampak, diri sendiri yang merasa. 

p/s : Walau menyewa sebuah apartment mewah sekalipun, rumah sendiri jugak yang paling selesa ^_^.

Friday, July 29, 2011

Gmail Yang Comel ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Good morning everybody ^_^. Best betul pagi ni. Sejuk je. Hujan pulak tu. Tapi hujan-hujan macam ni, sayu la pulak. Mase hujan macam ni la kite berkongsi payung. Kongsi payung? Korang tak penah buat ke? Ish3...... nampaknye kalau ada antara korang tak penah try, takde la kenangan korang share payung selama hidup ni. Penah tak tengah bawak moto, tibe-tibe hujan. Pastu cepat-cepat cari bus stop ke, kedai ke, bawah jambatan ke, nak tumpang teduh. Saya penah. Ade sekali tu sampai tak pegi sekolah sebab hujan tak berenti. Huhuu... Tapi kadang-kadang, hujan lebat sesangat. Tapi saya redah je. Memang lenjun la. Mase tu fikir, nak kisah ape kan, terus balik rumah jugak. Saya nasihatkan korang jangan la tiru macam saya. Bahaya tau bawak moto time hujan lebat tu (cakap type macam pro.. heheh). 

Tajuk Gmail tu ape hal?

Suke melencong kan bile buat entry. Biarla, mukadimah sikit. Hehee... Bukan ape. Saya cuma nak share isi dalam Gmail tu ha. KL hujan pagi ni, kat dalam Gmail pun ikut hujan. Kalau hari cerah, Gmail pun cerah & ceria je. Nasib baik Malaysia dekat garisan khatulistiwa. Kalau 4 musim, mesti dalam Gmail ni pun ikut jugak 4 musim. Hehe.. Ok lah, tu je nak cerita pagi ni.


p/s : Gembira hari ni nak balik kampung! Sesiapa yang baca atau terbaca entry ni, doakan saya selamat pergi dan balik ye. terima kasih ^_^.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya KALAH - Impian Lebur

Assalamu'alaikum ~Salam Sejahtera


Malam ni perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura. Keputusannya? 1-1, Malaysia kalah dengan agregat 6-4. Itu berita yang saya dapat dari kawan di Facebook. Sekaligus, harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan team bola Malaysia layak ke Piala Dunia hancur lebur. Jujur saya tak tengok perlawanan malam ni, sebab saya kurang minat bola sepak. Tapi jangan sangka saya tak sokong pasukan Malaysia. Saya tetap mendoakan kejayaan Malaysia. 


Kekalahan ini bukan suatu titik penamat. Kegagalan merupakan sebuah titik permulaan untuk suatu kejayaan. Mungkin ada yang mengatakan ianya mustahil. Tapi, selagi ada nafas, selagi itu harapan masih ada. Selagi ada usaha, selagi itu kejayaan boleh dikecapi. Allah dah tetapkan rezeki buat setiap hambanya. Kali ini, rezeki itu masih belum milik kita, tapi rezeki mereka. Saya pasti Harimau Malaya telah berusaha sehabis mungkin untuk membawa kejayaan untuk kita. Teruslah menyokong mereka. 

Harimau Malaya, jangan putus harapan. Memang ini sebuah kekalahan. Meluruhkan serata impian. Menimbulkan kehampaan. Namun, jangan putus asa, teruskan berjuang. Bangkitlah dari kekalahan, sokongan rakyat Malaysia tetap bersama kalian. 

"Andai kalian gugur di medan itu,
Ketahuilah sokongan kami masih ada."


p/s : itu saja entry pendek dari saya yang cetek ilmu tentang dunia bola sepak

p/s : Bangga anak jati Malaysia berjuang untuk Malaysia

p/s : maaf kalau ada kenyataan yang salah. sila betulkan saya ^_^

LIVE - Dato' M. Nasir, Jamal Abdillah dan Awie Rafael @ Puduraya

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Rakyat Malaysia sape yang tak kenal Dato' M. Nasir dengan Jamal Abdillah? Tipu la kalau tak kenal kan. Tapi saya tak pelik kalau ada yang tak kenal. Saya sangat suka lagu diorang berdua terutama Dato' M. Nasir. Ingat saya tak minat ke Dato' M. Nasir. Saya bukan minat Shila sorang je. Huhu... Dato' M. Nasir dengan Jamal Abdillah masing-masing ada aura tersendiri. Kalau tak, takkan la atuk saya boleh minat lagu-lagu diorang kan. 

Kadang-kadang apa yang kita selalu angankan, tak dapat. Apa yang kita tak terfikir langsung pulak yang dapat. Penah tak korang macam tu? Itulah yang saya alami hari ni. Hehe.. Hari ni saya ditemani Fatehah & Shahfiq pegi Puduraya nak tukar tiket bas balik kampung esok. Ni semua gara-gara ada program kat kampus esok. Terpaksa tukar plan. Malas nak tanggung risiko buat "surat cinta". Parking kat Mydin, dari jauh tengok Puduraya macam semacam je. Ramai plak orang bersidai kat sana. Bila datang dekat, nampak ramai orang berkerumun kat dataran bawah tu, nampak la speaker-speaker, gitaris bagai. Siap ade logo TV9. Ingatkan TV9 buat rakaman dengan band indie. Lepas setel hal tiket, kami turun balik kat situ. Tetiba, ehhhh.... M. Nasir laaa...! Then, baru perasan banner kat situ. "Ekspresi Dato' M.Nasir & Jamal Abdillah". Nak snap gambar, segan plak. Disebabkan lapar, kami pegi la makan dulu kat Subway. Bawak Shahfiq ni try Subway. Tengah makan kat Subway, "Nak amek gambar ngan M.Nasir laaaa......" tiba-tiba keinginan nak bergambar dengan beliau memaksa-maksa kaki kami patah balik kat sana. Lepas habis makan, ape lagi, kami pun paksa la kaki kami patah balik kat sana. Hasilnyaaaaa.................. dapat la kami snap beberapa gambar mereka.








Memang teruja dengar diorang nyanyi LIVE. Siap berdiri depan speaker! ^_^ Nasib baik gegendang telinga tak pecah. Ape pulak cerita Awie Rafael? Mungkin dia artis jemputan untuk rancangan ni. Mungkin ada yang belum kenal Awie Rafael. Dia la yang nyanyi lagu Pulanglah. Serious..... saya tak kenal Awie Rafael. Saya cuma kenal nama dan tau sikit-sikit lagu die. Tadi first time kenal muka die. Nasib baik tak tanye kat sorang brader tu "Awak ni Awie Rafael ke?". Hahaa... karang tak pasal-pasal muka menebal 6 inci, sama panjang dengan Sandwich Subway yang kami makan tadi. Lari laju-laju masuk Mydin, beli barang terus balik pulak. Huhuu...

Saya tak pasti bila "Ekspresi Dato' M.Nasir & Jamal Abdillah" ni disiarkan kat TV9. Ade sape-sape tau? Saya tak tengok tv kat hostel ni. Huhuu.... T_T..... Masa rakaman tadi, banyak jugak lagu diorang nyanyi. Siap ade yang request lagu raya lagi tau! Puasa pun belum lagi. Hehee... Ok lah, sesiapa yang minat dengan dua orang seniman yang berbakat besar ni, nantikanlah rancangan ni disiarkan di TV9 ^___^

Ooppss... Nak share jugak kami makan apa tadi ^_^



Tiga-tiga order yang sama "Roasted Chicken" ^_^


p/s : Shahfiq kempunan tak dapat bergambar dengan Jamal Abdillah. Tu laaa... tadi kate tak kisah kalau tak dapat.... huhuu...

Beribu Sesalan - Shila, Ning Baizura, Jaclyn Victor

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Siapa tak kenal tiga bintang seni suara ni kan. Ning Baizura dari kecik saya dah kenal dia, tapi lagi suka dia sekarang sebab makin ayu. Shila suara dia sangat unik, dari awal saya minat dia. Masa dia join OIAM lagi bertambah minat kat dia. Suka sangat suara dia. Dia sendiri pun comel. Huhuu... Jacklyn Victor kenal sejak die join Malaysian Idol. Suara die memang superb la. Memang saya tak mampu la nak nyanyi macam dia (padahal memang tak pandai nyanyi pun. hehee..). 

Lagu Beribu Sesalan ni lama jugak saya perasan kat Youtube. Tapi tak pernah terasa nak dengar. Beberapa hari lepas, kawan saya Suraya suruh saya dengar lagu ni. So, dengar je la kan. Then guess what.... terus fallin; luv wif this song! Sangat memberi kesan di hati fragile saya ni. Entah berapa kali la saya replay lagu ni. Nasib baik roomate saya, si Ain tu tak komplen. Hehee.... langkah keselamatan, terus pakai headphone.

Tak tau lah, dengar lagu ni hati jadi berbaur-baur. Perasaan bercampur baur. Tak tau nak translate perasaan tu macam mana. "Hiba" mungkin? Biarlah... tido nanti hilang la..... kan? Dah, jom layan lagu tu ok. Video dan lirik kat bawah ni. ^_^


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak kutemu suaramu

Kekasih ku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasih ku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri
Dimungkiri....

Sia-siaku 
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku 
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


Beribu sesalanku


p/s : buat entry ni sampai lupa megi kat sebelah. huhuu

Monday, July 25, 2011

Sayang Banyak Ke Sayang Sikit?

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

~ adik (anan), sepupu (abg faiz & kak ayu), khalila ~

Manusia bukan robot. Robot bukan manusia. Maka, manusia berbeza dengan robot. Manusia ada perasaan, ada akal fikiran, ada kehendak dan kemahuan. Korang macam mana? Of cos la korang ada, sebab saya yakin korang manusia kan. Ke ade robot yang membaca blog saya ni? Huhuu... Tak tau la kalau Jepun dah cipta robot yang boleh layan blog. Seram gak rasanye. Bila robot dah pandai suarakan pendapat, macam mana dengan ketamadunan manusia nanti? (ingat kat Transformers la ni taip-taip pasal robot).

Ok, yang tu manusia yang memang kita semua dah sedia maklum memang mempunyai perasaan. Tapi macam mana dengan manusia robot? "Manusia robot" taw, bukan "robot manusia". Mungkin manusia robot ni manusia yang tiada perasaan. Takde respon apa-apa. Orang sedih, die blur. Sepah buat lawak, die blur. Mak ayah marah pun die blur. Kalau orang blur, die lagi la seribu kali blur. Ade ke ye manusia macam ni? Mungkin ada. Siapa tau kan? Kuasa Allah melebihi daripada apa yang boleh kita bayangkan. Kalau Allah takdirkan begitu, maka jadi la begitu.

Nak cerita pasal manusia ke robot ni?

Kite cerita pasal manusia la ye. Pasal robot saya tak tau sangat. Bumble Bee tau la. Huhuu... Cuba fikir apa perasaan yang boleh korang rasakan dalam diri korang. Marah? Sedih? Gembira? Bahagia? Kecewa? Sayang? Mana satu yang korang tak pernah rasa? Mesti pernah rasa semua kan. Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup korang. Lumrah hidup manusia, ada suka, ada duka. Kalau takde semua tu, kurang la makna hidup. Tak merasa suka, tak merasa la kebahagiaan. Tak merasa duka, tak belajarlah dari kesilapan.

Jom kita cerita pasal SAYANG.

Sayang ni kadang-kadang sukar digambarkan. Tu saya la, korang saya tak pasti. Mungkin ada yang nilai sayang tu dari sudut hati nurani yang suci murni bak mutiara berseri selembut hembusan bayu. Mungkin ada juga yang nilai sayang tu dari sudut material sampai contact lens pun ade simbol dollar dan RM. Bila bagi hadiah, sayang-O-meter naik maximum. Bila tak dapat, sayang-O-meter pun duk la kat takat "0". Tapi apa-apa pun perasaan tu kan lumrah hidup manusia.

Sayang ni pun banyak cabangnye. Sayang mak ayah, adik beradik, keluarga. Sayang kawan-kawan. Sayang saudara seagama. Sayangkan tanah tumpah darah. Sayang arnab kat rumah atuk tu. Macam-macam la kalau nak senaraikan semua memang tak habis. Yang muda-muda (remaja) sekarang mesti ramai yang ade teman. Kecik-kecik dah ade makwe. Kecik-kecik dah ade pakwe. Hal boleh ke tak boleh tu, saya tak reti nak komen. Salah komen kang, kene band pulak saya. Huhuu... 

Yang penting, sayang biar berpada. Sayang biar pada yang sepatutnya. Jangan pulak sayang pakwe lebih dari mak ayah. Memang kecik hati la mak ayah macam tu. Belajar dari kesilapan kan. Kadang-kadang kite pun leka. Bila dah sayang seseorang, lupa benda lain, lupa kawan lain, lupa keluarga. Lagi teruk kalau sampai lupa Allah. Harap dijauhi la kan. Sayang biar berpada. Bila dah sayang sepenuh hati (pada yang tidak berhak), bila gaduh (breakup) mula la nak benci benci benci. Mana pegi sayang? (cuba padam benci, nak liquid sekali). Biarlah, cukup sekali. Belajar dari kesilapan. Taknak ingat benda lama sebolehnya. Setiap yang berlaku ada hikmah, kan? Sekali lagi, sayang biar berpada. Tak salah nak sayang sepenuh hati dengan syarat pada yang berhak. Siapa? Keluarga, agama, suami/isteri (ehemmm...) dan lain-lain yang sepatutnya.

Cukup la tu, panjang-panjang ni entah orang baca entah tak. Huhu...

"Sayang sepenuh hati pada yang berhak
Cinta sepenuh hati pada Allah dan Rasul"

p/s : mana-mana yang salah sile betulkan saya.

Kalau Nak Yang Baik.......

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Ape kaba korang hari ni? InsyaAllah baik-baik je ye. Pernah tak sekali korang duduk termenung fikirkan apa yang akan jadi pada masa depan korang? Apa kerja korang. Siapa orang-orang yang korang akan jumpe. Kereta ape akan jadi milik korang. Kat mana korang akan tinggal. Macam mana wajah korang bile dah berkedut nanti. Dengan siapa korang akan sehidup semati (ehh.....)... Berapa ramai anak cucu cicit korang ....


Pernah tak?

Saya pernah, bukan sekali, tapi berkali-kali. Haha... kalau hal kerja, InsyaAllah saya dah nampak lorongnya ke mana. InsyaAllah salah satu sekolah rendah di Malaysia ni akan jadi tempat saya cari duit beberapa tahun lagi. Kenapa sekolah rendah? Sebab saya seorang bakal guru (untuk sesiapa yang belum tau). Macam mana anak-anak murid saya pada masa depan, saya pun tak tau. Murid-murid sekolah sekarang tak sama macam dulu.

Saya tak tau siapa yang akan saya jumpa pada masa depan. Seminit selepas ni pun saya tak tau, mungkin ada jiran sebelah datang menjenguk, mungkin juga tak. Cuma saya harap Allah jauhkan saya dari orang-orang yang berniat tak baik. Niat tak baik macam mana? Perompak ke, pencuri ke, peragut ke, penyimbah asid ke, dan sebagainya "pe" lah. Ayah selalu pesan, amalkan baca ayat-ayat ni, insyaAllah diri dilindungi (takde kaitan dengan sihir ke mantera ye). 

Dah 3 perenggan ni, ape kaitan dengan tajuk???

Haa.... ni bab siapa saya akan bersama sehidup semati nanti. Entahlah, saya pun tak tau. Tu semua urusan Allah kan. Kalau saya kata TAK TAK TAK TAK...... mana tau Allah dah tentukan yang tu. Kalau saya kata NAK NAK NAK NAK........ mana tau Allah dah tentukan orang lain untuk dia. Terima je la apa-apa pun. Kalau dah ditakdirkan hidup sendiri sampai tua? Err......................... mungkin peluang untuk berbakti kepada mak ayah kita nanti. Kan? Kan? Kalau salah, sila betulkan saya. Saya selalu dengar / baca orang yang baik untuk orang yang baik. Ade jugak saya dengar, kadang kala Allah beri orang yang baik kepada orang yang kurang baik supaya orang yang baik boleh membimbing orang yang kurang baik tu (ayat macam berbelit kan? harap korang paham. huhu). 

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan kan? Sejahat mana pun seseorang tu, saya percaya dia nak orang yang baik sebagai teman hidup. Siapa yang taknak kan? Ade ke yang taknak? (sekali lagi, kalau salah, sile betulkan saya). Kalau ada, mungkin atas sebab-sebab atau punca-punca tertentu. Sekali lagi, saya selalu dengar, "kalau nak yang baik, kite kene jadi baik dulu". Perbaiki dulu kelemahan diri untuk jadi insan yang lebih baik. Nama tetap sama, rupa tetap sama, sifat yang tak baik kita boleh perbaiki. Saya pun ada kelemahan dan kekurangan. Marilah sama-sama jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya ^_^.

"Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan diri. Beruntung bagi orang yang menyedari kelemahan dan kekurangan dirinya kerana dia berpeluang memperbaiki kelemahan dan kekurangan itu."


Saturday, July 23, 2011

Cinta Antara Kita - Duta ft. Baizura Kahar

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Lame tak update blog. Bersawang sana sini. Berhabuk sampai bersin-bersin ni ha. Maaf la, kurang sihat jadi takde mood nak update. Jadi silent reader je kat blog orang lain. Hari ni dah ok sikit. Jadi bile dah sihat sikit, kaki ni tak reti la nak senyap. Ade je hala tuju nak pegi. Hehee... Saya keluar sekejap tadi pegi Amcorp Mall. Beli barang sikit, makan sikit.... (ehh, makan sikit??? macam banyak je tadi -_-"). Ohh korang, saya jumpe jubah. SIMPLE tapi CANTIK. Mata dah bling bling bling~~~~. Kenapa la tak jumpe sebelum ni lagi. Huhuu...

Heyy.... ape kaitan dengan lagu Cinta Antara Kita ni? Hehee bukan ape. Tadi saya berselisih dengan seorang ni, mulut die menari-nari menyanyi lirik lagu Cinta Antara Kita. This song is one of my fave song long time ago. Kire macam teringat balik la. Huhu... jadi saya nak share lagu tu kat sini dengan korang semua. Duta dengan Baizura Kahar yang nyanyi OST Dunia Baru The Movie kalau tak salah saya. Lirik & video clip ade kat bawah ye. ^_^





Duta :

Sejak dari dulu
Ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuat ku menyintaimu

Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemumu
Mungkin kuharap jua
Kau merinduiku
Sebagaimana kurinduimu

Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu
Menyata kau cintaiku
Ku kan berjanji
Menyintaimu sayang...

Baizura Kahar :

Setelah kau pergi jauh dari sisi
Tiada kucinta selain dirimu
Kuingin bersama denganmu selamanya
Walaupun sehingga ke akhir nyawa
Mungkin kau tak mengerti
Maksudku dulu pada dirimu
Kiniku kan menyinta dirimu itu 
Sehingga ke akhir waktu

Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggu mu
Menyata kau cinta
Ku kan berjanji
Menyintamu sayang...

Duta :
Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemu mu

Baizura Kahar :
Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku
Sebagaimana ku rindumu

Duta :
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu

Baizura Kahar :
Hanya menunggumu
Menyata kau cintaiku
Ku kan berjanji
Menyintamu sayang...

Duta & Baizura Kahar :
Cinta Antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia 
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu sayang...

Menyintamu sayang...


p/s : Thanx "encik yang tak diketahui" kembalikan ingatan saya kat lagu ni.

Sunday, July 17, 2011

Secret Recipe Free ^_^

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua. Entry ape yang melaparkan ni? Sampai rase macam nak berlari-lari ke kedai makan ni? Haaa.... Jumaat lepas saya, Cik Ain & Cik Zati pegi merayap kat Maju Jucntion-Masjid Jamek-Sogo. Bukan saje-saje, tapi ada urusan kat sana. Sebelum balik, singgah makan kat Sogo. Kat sini la tempat kejadian. Hehee... Kejadian apa? Cik Ain belanja kami kek Secret Recipe. ^_^


Kek saya (Chocolate Indulgence)


Kek Ain (Chocolate Strawberry)


Kek Zati (Pecan Butterscotch)




Kek Secret Recipe memang sedap. Bile dapat free laaaaagi sedap. Hehe


Nak tau kenapa muka cik adik dua orang ni macam ni? Geram semacam je. Bukan sebab nak "refill" kek tapi tak dapat. Bukan sebab sakit perut makan kek Secret Recipe. Tapi.......................... sebab terlepas stesen masa naik train. Hehee..... Tu la, leka sangat duduk dalam train dari Stesen Bandaraya, patutnya turun kat Stesen Masjid Jamek. Bila train dah sampai Stesen Plaza Rakyat baru perasan. Hehee... kami turun kat Stesen Hang Tuah, lepas tu patah balik. 

Nak tau lebih lagi tentang Secret Recipe?
Meh tekan link ni, Secret Recipe

p/s : Terima kasih Cik Ain belanja saya & Zati makan kek ^_^

Bukit Broga Ada Tapak Kasut Kami

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Korang pernah tak ada impian atau hajat nak pergi ke suatu tempat? Saya ada, kawan-kawan saya pun same. Hajat apa? Nak meminang Putera Bukit Broga... ehhh! Tak, tak. Salah satu hajat kami adalah nak pegi daki Bukit Broga. Ye la, orang sibuk kecoh-kecoh view kat sana cantik kan. Jadi, saya & kawan-kawan yang bukan kaki daki gunung ni teringin la jugak nak pegi. Hajat ni dah dari tahun lepas. Tapi baru sekarang dapat pegi sana. Jom tengok gambar-gambar kami kat sana. Tapi jangan marah la, memang banyak sesangat gambar nak share ni. Hehe...


Dari kiri, Amy, saya & Fatehah. Kami bertolak lebih kurang pukul 5.30 pagi. Plan nak bertolak pukul 5, tapi... terlewat pulak. Hehe... Nak tengok matahari terbit, kene la pegi awal-awal. Hostel kami bukan kat kaki bukit. Perjalanan pun ambil masa lebih kurang 45 minit (kalau tak sesat la). Tapi disebabkan kami tersalah jalan, jadinye lambat la sikit sampai. Memang tak sempat dah la nak tengok matahari terbit. Tapi rasanya memang takkan dapat nak tengok jelas pun sebab kabus+jerebu kuat sangat.


Ni separuh perjalanan. Maknanya kami dah masuk kebun kelapa sawit, hutan belantara sebelum sampai sini. Hehee... Lereng bukit kat belakang kami tu memang curam. Tu pasal berenti kejap ambik nafas. Mase panjat lereng bukit tu, jangan le pandang belakang kalau gayat. Saya yang tak berapa nak gayat ni pun jadi gayat. Huhuu... Rasa nak tergolek ke belakang pun ade. Tapi, kalau orang tua pun boleh panjat, ape lagi kami-kami yang baru awal 20-an ni kan.


Nampak tak, nampak tak??? Ade budak kecik kat situ. Diorang pun berani panjat bukit ni. Takkan la kite-kite yang besar ni tak berani. Bila dah sampai puncak yang pertama, memang lega. Tapi............................ memang rasa taknak turun dah! Nak bertapa je kat puncak tu lama-lama. kalau boleh nak panggil helikopter datang ambik kami. Seram o0ooo0o!! Kalau turun tu, rasa nak golek-golek terus sampai kat kereta.



View dari puncak pertama Bukit Broga. Tapi, jerebu tebal la. Kalau tak, mesti cantik lagi view die.



Kamin nak pegi ke puncak kedua pulak. Masing-masing muka excited. Huhuu...



Amy... macam boleh buat cover depan novel.


Bukti ni bukti. kami kat puncak kedua Bukit Broga. ^_^. Agak-agak sape yang snap pict kami ni? Haaa..... sebenarnye ade sorang lagi yang follow kami pegi sini. Saya kasi die nama Mr. X dah la ye. Die mintak rahsiakan identiti die atas sebab-sebab tertentu. Jadi, saya menurut perintah je la.


Memerangkap matahari di balik lindungan awan+jerebu.


Kat sana tu puncak ketiga Bukit Broga. Jom pegi sana pulak!
Semangat! Semangat! Eh... ade orang dating pulak kat situ.


Ohhh..... ini bukan Mr. X. Mr. X rambut pendek. Ehh.... bukan kami je taw yang snap picture kat sini.


Kemon Teh! Kemon Teh! Sikit lagi nak sampai sana.


Besar sesangat batu ni. Nak buat dinding rmah pun dah boleh dah.


Memang bergambar je la keje kami kan. Mr. X pun layan je la kan. Hehe


Fatehah dah letih dah. Takpe, takpe.... Jurulatih silat kene kuat sikit!
Semangat! Semangat!


Haaa.... dah sampai dah ni. Kalau tak pasal Mr. X dengan Amy, memang saya tak panjat batu ni. Tak berani tengok belakang. Tengok depan pandang kamera je. Haha..


Fatehah pun sempat lagi... "I'm on the top of the world....!!!"









Dah turun dari Bukit Broga baru snap gamba dengan signboard. Nak snap gambar kenangan puncak sebenar-benar puncak Bukit Broga tak dapat. Kat sini pun jadi la kan. Hehee...


Kami nak balik dah. Jaga diri baik-baik ye Broga. Lain kali kami datang lagi.................kut. Bila? Yang tu belum tau lagi. Apa-apa pun, Broga will always be in my memory forever. Walaupun penat, tapi kami hepy. Saya hepy, Amy hepy, Fatehah hepy, Mr. X pun hepy. Yang penting, bekas tapak kasut kami pernah ada di Broga. Hehee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...