Support Me Here ^_^

Wednesday, May 18, 2011

Rindu Pada Nenek Comel



Ini nenek saya. Comel tak nenek saya? Comel kan. Hehe. Nama beliau Siti Hasiah. Umur beliau rasanye dah 75++ (tak sure). Nenek ni kuat lagi taw turun naik tangga rumah kat kampung tu. Rutin harian nenek saya ni,


Bangun tidur, pegi solat.

Kemas tempat tidur

Masak air

Tanya atuk nak sarapan apa pagi tu
(kadang-kadang atuk dah bagi tau malam sebelumnya nak makan apa)

Sediakan sarapan pagi

Sambil-sambil tu....
Ambil nasi sejuk, ikan-ikan sejuk(heheh)
Lauk-pauk yang dah tak mau makan lagi
Tumbuk-tumbuk tulang ikan, kepala ikan
Gaul-gaul dengan nasi
Ok siap, letak sama rata dlm 4, 5 bekas
"Puss... Puss...."
(nenek panggil kucing makan)

Lepas siap makanan kucing
Siapkan makanan ayam dengan angsa pulak
Nenek dah siap-siap asingkan nasi untuk diorang ni
Kalau ade kek ke, kuih ke, apam balik ke, roti ke...
Nenek masuk skali dalam menu sarapan diorg.. huhuu
Ayam dengan angsa ni die makan je ape orang bagi
Agak-agak basi pun makan.... aishhh....

Nenek sambung balik buat sarapan
Buat air kopi (untuk atuk)
Nenek minum air suam je

Sambil sarapan, sambil sembang, 
sambil tengok tv dengan atuk.
Romantik kan? Heheh

Nenek basuh pinggan
Lepas tu basuh kain
Lepas rehat-rehat kejap (atuk la)
Nenek teman atuk pergi kebun

Balik kebun mesti atuk mintak air kopi sejuk pagi tadi.
(dah letak dalam peti ais)
Nanti atuk request menu lunch pulak
(atuk pandai buat resepi taw, tp nenek yang masak)

Lepas rehat-rehat,
Nenek sambung masak tengah hari pulak.
Siap masak nenek mandi
Lepas mandi solat.
Lepas solat makan tengah hari dengan atuk.
Siap makan, nenek kemas-kemas
Basuh pinggan lagi.

Agenda seterusnya
Nenek layan tv
Tak pun die rehat (tidur)

Asar die bangun balik
Lepas solat, die pegi halaman rumah pulak
Sapu sampah la, cantas pokok bunga la
Lepas tu die ambil tong sampah kat dapur
Pergi buang sampah kat belakang rumah pulak.
Kemudian, angkat kain jemuran

Nenek akan sediakan minum petang serba sedikit
Minum petang pulak dengan atuk

Sebelum maghrib, nenek akan masak nasi
Lepas tu mandi dan terus solat maghrib.
Lepas solat nenek akan mengaji sekejap.
Lipat kain jemuran.
Kadang-kadang terlelap sekejap lepas ngaji.

Lepas solat isya', nenek sediakan makan malam pulak
Candle light dinner pulak dengan atuk
Sambil layan tv
Hehe...


Selesai makan,
Nenek kemas-kemas, basuh pinggan
Nenek akan pastikan dapur kemas
Semua pinggan, mangkuk, cawan, kuali, periuk, etc...
Akan dikemas dan dibasuh
Lauk-pauk yang tak habis dimakan akan dikemas.
Masuk dalam tupperware
Simpan dalam peti ais.

Kalau tak, habis la dimakan kucing jantan putih besau yang nakal tu.
Tudung saji dah letak 4, 5 lapis pun tak dapat nak menghalang.
Kalau kucing jantan putih besau tu curi lauk,
Habis la kucing-kucing lain takde lauk nak makan esok pagi
Huhu...

Selesai kemas dapur,
Nenek tengok tv kejap
Lepas tu masuk tidur.

Itu la rutin harian nenek saya. Dah hafal sangat. Ade lagi benda lain yang nenek buat, tapi saya tak nyatakan la kat sini. Kadang-kadang rutin die berubah dan tak sama mengikut keadaan. Tapi basic die macam ni la. Kecik-kecik dulu selalu duduk kampung. Sekarang pun, kalau cuti lame sikit, mesti balik kampung, duduk dengan atuk & nenek. Kalau cuti lame, lepas tu lepak kat rumah je, siap la. Nanti mesti atuk ke nenek ke tanye, tak balik kampung ke? Kalau tak diorang, mesti mak atau ayah yang tanya. Tak pun, makcik-makcik yang tanye. 

28 Mei nanti dah mula cuti, tunggu cucu ni muncul di kampung ye. Hehehee....
(Yang iyenye, rindu nenek sekarang ni. Ooppss... saya tak panggil nenek. Saya panggil die Embah ^_^)


Itu saja entri rindu saya kali ni,
Terima kasih sudi baca.

Assalamualaikum.
Daaa....

17 menconteng:

syufaa said...

hihihih...
ni list yg spesifik gile!
heheehe..bestnye! =)

khalila ishak said...

@syufaa
hahaa.... memang gile spesifik. nmpak sgt slalu prhati nenek, ehhh tak. slalu duk ngan nenek. hehe

teyn teyn said...

hai awak , join u here,

nenek kite pon sgt suke kemas tau . takleh bersepah. hehe

khalila ishak said...

@cik teyn teyn
hye cik teyn! mekasih join sy dsini. hehe, nnek kite same la cmtu. ade je keje nak buat. xleh dok diam.

Ekin Kamal said...

sayang btol kat nenek dier...smpi perhati gitu...haha...mesti cucu kesayangan nih.....

khalila ishak said...

@siti noor ashikin
hehee... mmg syg sesangat lah nenek comel sy tu.

nothing said...

eh dulu duduk kg ngn nenek eah? dea pun.. dea dulu kecik2 duduk dgn opah.. mspai form 1 bila atuk dgn opah pergi mekah baru dea duduk dgn parents.. T-T miss them.. diorg masih hidup cuma skrg bljar jauh2 x dpt jumpa

khalila ishak said...

@dea izzana
ha'a, tapi bukan la menetap ngan nenek. cuma bila cuti slalu duduk umah atuk ngan nenek lame2. kecik kecik kecik kecik dulu mak ngan ayah ngaja area situ, jd, sy duk la umah diorg. hehee....

xpe dea, slagi masa masih ade ni, bile free lawat la mereka. msti diorg hepy ^_^

hamzah ian said...

nenek aku da takde.. =(

khalila ishak said...

@hamzah ian
owhh.... jgn bersedih... al-Fatihah buat arwah nenek hamzah... doakan yang terbaik buat arwah ye. Semoga arwah ditempatkankan bersama orang-orang yang soleh.... saya pun cume ade satu nenek, satu atuk. atuk dgn nenek belah ayah dah xde, x pernah jumpe pun....

Anonymous said...

Bila Orng Yang Sudh Tua Kita Mesti Akan Rindukan..

Anonymous said...

Bila Orng Yang Sudh Tua Kita Mesti Akan Rindukan..

khalila ishak said...

@Shafiq Hashim
merindu dia bukan kerana tua, merindu dia bukan kerana usia, merindu dia bukan kerana selama ini alpa. Merindunya kerana dia ISTIMEWA. ^_^

as-syifa' said...

sayang nenek saye juga ^^
kem salam bhaa sama embah k.ila ea ^^

as-syifa' said...

sayang nenek saye juga ^^
kem salam bhaa sama embah k.ila ea ^^

nor said...

Aii, ko tak tolong nenek ko basuh pinggan ker..

khalila ishak said...

@nor

mesti la tolong. siap jd tukang masak lg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...