Support Me Here ^_^

Saturday, November 26, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!




Inilah set Miracle Tab ^_^
Sangat teringin!




Hai semua ^_^. Apa yang saya kecoh-kecoh ni. Over pulak. Ish! Tapi memang sangat excited sebenarnya. Tau benda ni dari blog Nisa Kay. Baca tajuk entry ni pun korang dah tau pasal apa kan? Irine Nadia buat GA nak kasi Miracle Tab FREE. Sape penah dengar pasal Miracle Tab? Dari maklumat-maklumat yang saya pernah baca sebelum ni, produk ni sangat-sangat lah bagus. Mana saya tau? Dari blog Irine Nadia jugak. Nak tau pasal Miracle Tab, sila baca entry Irine Nadia pasal MIRACLE TAB ni ok. Penjelasan kat situ lagi jelas.

Masa saya baca info Miracle Tab tu, hati kecik kat dalam ni meronta-ronta kata nak cuba produk tu. Tapi, dompet pulak meronta-ronta kata jangan lagi. Sila sabar... kadar ketebalan ongkos sangat nipis sekarang. Lalu berkecil hati lah si hati kecik yang dah memang kecik.

Bukan apa, kulit muka saya alhamdulillah tak ada masalah yang serius. Tapi akhir-akhir ni, tetamu-tetamu comel sangat rajin bertandang di wajah.  Ish... nak halau, tetamu kan. Bila pergi, siap tinggal bekas lagi! Dulu tak macam ni. Stop satu produk, try produk lain. Tapi macam tu jugak. Dari produk mahal, sampailah ke Fair & Lovely yang memang membantu penjimatan wang. Dari produk untuk wanita lebih dewasa, hinggalah produk untuk muda remaja.

Hasilnya? Masih macam tu jugak. Tetamu-tetamu comel (jerawat), ton kulit tak sekata, masalah minyak di zon-T, kadang-kadang jeling kat cermin macam kusam je. Alahaii... sangat tak best. Bila dapat tau tentang produk Miracle Tab yang insyaAllah boleh membantu menjadikan kulit lebih sihat dan mengatasi masalah-masalah kulit yang lain, memang sangat-sangat berminat. Bukan kulit wajah je tau. Seluruh tubuh. Betul tak Irine? 

Tapi keadaan masih tak mengizinkan buat masa ni. Cakap kat hati banyak-banyak kali, sabar tau. Then, dapat tau dari blog Nisa Kay pasal GA Irine Nadia ni. Ohh... sangat excited. Kalau ada rezeki saya dapat Miracle Tab ni, memang rasa sangat-sangat bertuah dengan rezeki dari Allah ni. InsyaAllah.... Terima kasih Irine Nadia sebab buat GA ni ^_^.

Kalau korang nak join sekali GA Irine Nadia ni, klik SINI ok. 
Good luck ^_^

Closing date :
2 Disember 2011


p/s : Dengan izin Allah ^_^.

9 menconteng:

Rtp Farra Arisha said...

all the best! ALL THE BEST TO YOU!

NN said...

thanks khalila sebab invite.. :) sebenarnya ain pernah guna produk ni... btw, gudluck dear :)

NN said...

opsss, komen salah entri pulak..

khalila ishak said...

@Rtp Farra Arisha
thanx a lot Farra ^_^. jom la join skali GA ni ;)

khalila ishak said...

huhuu.... its ok Ain. eh, yeke? camne, ok ke produk ni?

RinsyaRyc said...

gudluck dak comeii.. >_< termasuk kontes muna rahimah tu jugak ekk.. hehewww...

khalila ishak said...

@RinsyaRyc
hehee... time kasih rin. tengah rajin nk join contest. ade lagi nk join, tp relax dulu. kang penuh entry dengan contest je. haha

Muna rahimah said...

wahh . macam best je :)

khalila ishak said...

@Muna rahimah
tulah. jom la join skali muna ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...