Support Me Here ^_^

Friday, November 11, 2011

Contest Blogger Idol by Achie & Eyda

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

( Nak join? Klik la Banner kat atas ni manja-manja.)

Hye semua! Join contest lagi di hari Jumaat yang indah ni. Orang yang menaip ni tak la rajin sangat join contest. Tapi tengok contest ni macam best and ada sesuatu yang saya rasa saya nak kongsi dengan sesiapa yang singgah sini. Contest apa? Meh saya tolong taip sekali lagi. "Contest Blogger Idol by Achie & Eyda".

Korang ada blogger yang menjadi idola korang? Hari-hari rasa wajib intai blog dia. Kalau tak hari-hari pun, selalu korang nak ketuk pintu, masuk blog dia. Sekali masuk, habis 4, 5 entry dia korang baca. Korang ada? Saya pun ada. Banyak! Bukan satu blogger. Lebih dari satu, banyak la kan? Hehe...

Siapa BLOGGER idol saya?

(drum roll pleaseeeeee.......!)
.
.
.
.
.
Tadaaa....!!



Siapa kenal angkat tangan. He is Encik Hamdi @ Daniel Adie. Owner kepada blog Daniel Adie. Gambar kat atas ni gambar agak latest dari beliau. Cuba teka profession dia apa? Sekali tengok macam Executive syarikat kan. Gambar tu masa graduation beliau. Baru lagi. Dah dapat teka? Beliau seorang guru & bakal bertugas tak lama lagi. Sebelum ni belajar di UiTM Melaka, kursus TESL. Saya kenal blogger ni pun baru lagi. Dalam tahun ni. Tapi, entry-entry beliau memang berjaya buat saya keep in touch dengan blog beliau nih. Entry-entry yang di post oleh Daniel Adie ni simple je. Semua pasal kehidupan beliau setiap hari. Daniel Adie ni ada kelebihan yang lain. Saya penah cakap tangan beliau ni tangan seni. Seriously! Bukan saja seorang pendidik, tapi beliau boleh ber'modelling', beliau boleh menggubah, memasak, make over her sister, macam-macam lagi. Ada sorang budak lelaki kecik yang selalu ada dalam blog beliau : Iqbal. Saya ingat dulu beliau pernah post pasal gubahan hantaran pertunangan kawan beliau, Nadzrah. Believe me, sangat cantik gubahan hantaran tu. Ada jugak satu entry beliau make over dinding dalam rumah. Sangat cantik. Boleh geng dengan Eric Leong lah lepas ni ^_^. Banyak lagi lah yang buat saya kagum kalau nak cerita. Kalau sesiapa yang belum kenal lagi Daniel Adie, boleh la melawat blog beliau. Banyak lagi yang korang boleh tau pasal blogger seorang ni ^_^.

*** Pembetulan : Beliau bakal bertugas sebagai seorang Pensyarah di sebuah Politeknik. Bukan sebagai Guru seperti yang saya sangka ^__^. Tapi macam beliau kate, sama jugak, mengajar. ^_^


Penganjur, kalau saya cerita pasal sorang lagi blogger, boleh? ^_^

(once again. drum roll pleaseeeeee................!)
.
.
.
.
.
Tadaaa......!!


Blogger kedua ni ialah Nusrah. Pemilik kepada blog Heart for The Only One. Maaflah, saya tak boleh nak letak gambar beliau kat sini sebab beliau sendiri pun tak letak gambar beliau dalam blognya. Tapi, kalau korang belek-belek dalam FB saya, ada beliau salah seorangnya. Seorang gadis ayu, manis, nakal kadang-kadang. Masih belajar di Universiti Malaya. Tahun akhir kalau tak silap. "Nusrah" cuma nama pena beliau dalam blog. Nama sebenar beliau bukan Nusrah. Tapi saya tak dapat nak nyatakan kat sini sebab beliau sendiri tak nyatakan nama beliau dalam blognya. Hehee.... saya kenal beliau ni sebenarnya. Sepupu belah ayah. Anak kepada makcik saya, adik kepada ayah. 

Kenapa saya kagum dengan beliau? Sebab hasil penulisan beliau. Tak percaya? Korang cubalah jenguk ke blog tersebut dan baca sendiri hasil-hasil penulisan beliau. Mungkin genre penulisan blog Nusrah ni lebih kurang macam blog-blog mitovasi yang lain. Tapi, apa yang saya suka, gaya penulisannya yang bersahaja, mengambil contoh dari kehidupan beliau dan orang-orang disekelilingnya. Beliau bukan setakat menulis entry, tetapi seakan bercerita kepada kita, membawa mesej tersendiri yang kadang-kadang memberi kesan tersendiri kepada sesiapa yang membaca bergantung kepada pengalaman masing-masing. Kadang-kadang sampai leka membaca dari satu ayat ke satu ayat. Antara entry beliau :


*     *     *     *     *     *

Setiap orang ada pelbagai tujuan dalam berblogging. Berkongsi cerita, menyampaikan ilmu, berdakwah, berniaga dan macam-macam lagi. Saya sendiri, awal-awal dulu saja teringin buat blog. Cuma berkongsi kisah kehidupan saya, apa yang saya minat, kadang-kadang berkongsi info. Dua orang blogger ni memang mengagumkan saya. Seorang dengan kisah-kisah kehidupannya. Seorang dengan kisah-kisah motivasinya. Dalam masa terdekat ni, saya cuma ingin berkongsi kisah dan minat saya. Banyak yang nak diceritakan, tapi selalunya terhenti di dasar hati. Pada masa akan datang, saya harap untuk jadi lebih matang. Menyampaikan kisah-kisah kehidupan dan minat pelbagai warna disamping memberi mesej berguna untuk para pembaca.

*     *     *     *     *     *

Oh ya... ada syarat-syaratnya kalau korang nak join contest ni. Nak tau apa dan macam mana? Sila klik banner kat atas atau klik je SINI. Eh, join dengan happy ye. Korang boleh cerita pasal blogger yang menjadi idola korang ni. ^_^


Nak tau juga, siapa blogger idola mereka :
Kalian semua ^_^


p/s : Banyak lagi blogger yang jadi idola. Mereka berdua adalah di antaranya.

6 menconteng:

DanieL AdiE said...

Frankly, adie sgt2 terharu dengan entry Khalila Ini..

Thanx soooo much!!

Appreciate it..

All the best ya Khalila..

khalila ishak said...

@DanieL AdiE

same-same Adie ^_^. memang mase jumpe contest tu, Adie antara yg terbayang kat kepala. entry ni sebagai salah 1 tanda penghargaan dr sy. :D

Miss Butterfly said...

tenz sebab join. eyda pon suke bace blog adie. ;)

khalila ishak said...

@Eyda Syahida

same2 Eyda ^_^. ye? same la kite. hehe

Faaein Talip Roy said...

kalau blog yang first tu memang tak kenal lah..

tapi blog nusrah tu barulah kenal..

memang best blog dia.. entri2 dia sentiasa bermakna..

memang boleh dijadikan tempat rujukan juga.. best.. good luck untuk contest ni.. ^^,

khalila ishak said...

@Faaein Talip Roy

kan, kan? entry2 nusrah sentiasa bermakna. best sgt bila baca. huhu... time kasih faaein ^_^

btw, nusrah tu sepupu saya. lovely cousin ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...