Support Me Here ^_^

Wednesday, November 30, 2011

I "HATE" Korean Drama!



Hai semua ^_^. Err... over sangat ke post title tu? Tapi itulah kenyataannya. Ramai kan yang layan drama korea yang bersambung-sambung tu. Kalau tayang kat tv, hari-hari la dok tunggu waktu drama tu bersiaran. Yang rajin download lagi la. Satu episod je lebih kurang sejam baru habis. Kenapa saya benci sangat drama korea? Haiisshhh..... adelah sebab-sebabnya. Dan disebabkan sebab-sebab itulah saya "geram", "tak suke", "grrrr....!" dengan drama korea.

[ 1 ]
Saya seorang yang sangat jarang layan drama korea. Dalam folder saya boleh kira ada berapa je drama korea. TAPI! Sekali saya dah tengok satu episod, saya susah sangat-sangat nak berhenti. Mesti nak tengok sampai habis. Drama korea buat saya jadi addicted untuk tengok apa yang jadi seterusnya. Macam mana hero tu dapat selamatkan heroin. Apesal hero ni ego sangat. Apesal heroin tu berat mulut sangat nak cakap die suke kat hero tu. Grr... "Dah pengarah die suruh buat macam tu, die buat la macam tu," kata ayah secara tiba-tiba.

[ 2 ]
Kulit orang korea sangat cantik. Licin betul. Harap saya tak tertipu dengan kuasa mekap pelakon-pelakon perempuan tu. Yang lelaki pun sama. Kalah kulit perempuan. Ohh... geram. Itu telah menimbulkan kejelesan dalam diri ini. Sifat jeles sangatlah tak baik. Mulalah terasa banyak kekurangan diri. Mulalah nak berangan cari produk tu, cari produk ni nak rawat diri sendiri. Tapi, semua perasaan tu  kene tolak tepi. Macam tak bersyukur pulak bunyinye. Huhuu.... Astaghfirullah Al Azim... istighfar banyak-banyak. Bersyukur dengan apa yang telah Allah beri.

[ 3 ]
Drama Korea akan buat saye berangan nak jumpe prince charming. Ni semua sebab hero die yang cool, hebat, sweet, sanggup berkorban. Tak kurang jugak yang ego. Suka, tapi taknak mengaku. Suka cari pasal. Hisshh.... Berangan  memang best. Tapi bila tersedar, dunia realiti ni tak semudah yang diangan-angankan.

[ 4 ] 
Sekali dah tengok drama korea, confirm la tak buat benda lain. Duduk depan laptop sampai tumbuh akar. Dari siang sambung ke malam. Dari malam sambung ke pagi buta. Akhirnye lepas subuh la baru tidur. Haishh... seminggu sebelum exam saya boleh layan korea lagi. Habis 2 malam burn macam tu je. Huhuu...

[ 5 ]
Drama Korea tak sah kalau tak ada part sedih, part tacingtacing, part air hujan bertakung kat mata. Lagi-lagi kalau tengok sorang-sorang, feeling tiba-tiba. Mulalah nak menangis sampai bengkak-bengkak mata. Nanti roomate masuk bilik tiba-tiba, pelik tengok tisu penuh atas meja. "Akak, kenapa menangis? Gaduh ke?" tanya roomate. "Taklah... sedih heroin tu kene tinggal... isk3..." (-_-") "Akak.... akak.....".... Padahal, kita sama la roomate bile tengok drama Korea. Heheh...


Saya tak benci pun drama korea, cuma jarang tengok. Sekali saya dah tengok satu episod, habis la...... Mata ni sangguo tahan ngantuk sebab nak tau apa akan jadi kat hero dengan heroin lepas ni. Kenapa macam tu, kenapa macam ni. Ish3.... kalau study, tak dapat pulak bertahan berjam-jam macam tu. Study korea dah jadinye. Hehee...

Baru-baru ni member bagi drama Korea. Diorang kate BEST, try la tengok. Saya rajinkan la tengok drama korea tu. Hah..! Amek kaw.... terjadilah semua  yang di atas. Tapi cerita tu memang best. Rasa nak tengok lagi ^_^. 


City Hunter



 IRIS




p/s : I do love Korean Drama. Just don't make me start to watching it. <3


IKLAN

Ada peluang nak menang BlackBerry dengan U Mobile !
Lenguh bila duduk depan laptop? Jom try Tiger Balm.

Khalila's Wordless Wednesday #12




^_^


Monday, November 28, 2011

Doodle #2 - Balqis




Hai semua ^_^. Doodle? Doodle lagi. Haishh... saja bosan pergi godek-godek Microsoft Power Point lagi. Agaknye diserang virus doodle si Khalila ni sekarang. Alah, baru buat dua, macam dah buat banyak je. Huhuu... tak apalah. Saya nak share je. Jom saya perkenalkan......

Balqis



Nama : Balqis
Tarikh lahir : 28 November 2011
Tempat lahir : Microsoft Power Point.

^_^



IKLAN

Ada peluang nak menang BlackBerry dengan U Mobile !
Lenguh bila duduk depan laptop? Jom try Tiger Balm.

Shopping, Lelaki dan Wanita


Hai semua ^_^. Tajuk macam lebih kurang dengan ENTRY sebelum ni kan? Hujung-hujung tahun macam ni mesti banyak mall buat sale kan? Year End Sale (Y.E.S). Tapi student-student macam saya ni, tak dapek la nak shopping-shoppingan. Poket dah nipis. Window shopping boleh la. Huhuu... 




Saya teringat sorang kawan lelaki saya cakap " Perempuan ni senang kan nak shopping. Fesyen macam-macam. Harga pun tak semahal mana. Asal berkenan, boleh aje. Kalau lelaki... hmm..." Dah faham la die punye "hmm..." tu kenapa. Huhuu...

Kalau perempuan, pergi je la Masjid Jamek. Belambak tudung bawal, selendang, tudung express. RM10 pun dah boleh dapat. Tudung bawal kalau RM10 siap ade batu blink blink maknenye kurang kualiti (dari pengalaman). Tudung express ok lagi kalau RM10. Memang orang cari-cari kan. Nak bawah RM10 pun boleh dapat. Satu tempat yang saya tau kat area Masjid Jamek atau Jalan TAR ialah Muaz Textiles. Kat situ memang korang boleh dapat harga yang sangat rendah. Design pun boleh tahan la. Cuma kena pandai pilih la yang elok & yang cantik. Lagi-lagi tudung express yang ada awning tu kan. Kalau selendang, usah cerita lah. Macam-macam jenis, macam-macam corak ada. Tapi kalau nak yang high quality, harga dia pun up sikit la kan.




Yang tu baru cerita pasal tudung/selendang/hijab. Belum cerita pasal baju lagi. Memang menduga kesabaran betul. Kalau tak kuat, kene gari duit dalam dompet tu ha. Pilihan macam-macam. Macam mana la tak rambang mata. Tak semua baju perempuan ni murah. Mostly mahal jugak. Ikut kualiti kain die, ikut design die, ikut brand die. TAPI... kalau jalan dalam Times Square ke, Sungei Wang ke (fine... ni tempat saya selalu pegi), tiba-tiba duit tumbuh sayap, tak sabar-sabar nak terbang. Sebab tu kena gari duit dalam dompet. 

"Macam mana la tak rambang mata. Cuba tengok. Sini RM25, sana RM25, situ RM25. Huhuu..." kata saya kepada seorang kawan. Tapi pandai-pandai la kawal kan. Kalau tak terkawal, RM1000 pun boleh habis dalam satu masa. Sedar-sedar accaunt balance tinggal RM10. Time tu baru nak check benda apa je yang dibeli masa tu. Sorang kawan bagi tips : Keluar bawak RM50 je, lepas tu kad bank tinggal kat rumah/hostel. Haha.... nak try ke?

Kalau lelaki?

Lelaki.... hmm... saya pun tak habis research lagi. Bila kau buat research ni Khalila?? Huhu... tak lah. Cuma dengar luahan dari seorang kawan dan terbaca kat mana-mana tentang hal ni. Lelaki kata, pakaian diorang ni susah nak dapat yang murah. Kalau ada yang murah pun, tak cantik, kain tak sedap, kualiti tak bagus. Hmm... betul jugak. Saya tak nafikan. Ada yang ok, tapi kene pandai cari dan pilih la kan. Kalau classmates tu, sekali bli sport shoes, amek kaw.... RM200++. Kalau ikut purata kasut-kasut yang saya beli boleh dapat  4, 5 pasang kasut dah tu. Tapi ok la. Tahan memang lama. Kualiti pun bagus.

Eh, siapa rajin shopping online?

Saya pernah beli beberapa barang secara online. Ada positif dan negatifnya. Negatifnya, kena tanggung risiko kalau baju tu tak muat, rosak dalam perjalanan ke ataupun penjual tak jujur. Jadi kena pilih online shopping yang betul-betul dipercayai. Setakat ni, online shopping yang saya tau semua ok. Lepas tu mungkin harganya mahal sedikit berbanding di luar yang masih boleh tawar. Ditambah lagi dengan postage. 

Tapi, positifnya, kita tak perlu susah payah keluar, panas-panas, bayar tambang semua. Mungkin boleh lebih menjimatkan. Jimat macam mana? Kalau beli diluar, kene bayar tambang teksi, bas atau LRT. Kalau transport sendiri, duit minyak lagi. Lepas tu mesti keluar duit belanja makan. Tu tak termasuk lagi perbelanjaan tak dijangka. Maklum la rambang mata, tak plan pun nak beli tapi 'terbeli' pulak. Satu lagi yang best online shopping ni, kadang-kadang design yang diorang jual tu susah nak dapat kat luar. Jadi, online shopping mungkin pilihan yang lebih baik (ikut keadaan la). 




Lelaki atau wanita, masing-masing ada cara tersendiri nak shopping macam mana. Kebanyakan lelaki yang saya kenal lebih pentingkan kualiti, brand, kalau mahal sikit masih ok, lagipun tak selalu shopping. Kebanyakan wanita yang saya kenal tak kisah pun branded ke tak branded ke, asalkan mata dia berkenan, selesa dan harganya mampu milik. Tapi tak semua macam tu kan. Bergantung la kat diri maing-masing.

Yang penting, kene bijak berbelanja.


p/s : Ohh... rajin pulak taip panjang-panjang petang ni. Target next year.... GAVY.

SEGMEN | 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat






(Nak join klik gambar taw ^_^)

Hai semua ^_^. Sekarang ni memang musim segmen dan contest di blog ni. Huhu.. Malam ni Cik Xila tag saya dalam satu segmen. Segmen apa? Segmen 10 perkara pelik tentang saya. Contest ni dianjurkan oleh Cekbolat. Dua-dua orang blogger ni comel-comel taw. Hehe..


Segmen 10 perkara pelik. Adeh.... kantoi la bende-bende pelik kat saya camni.

Jom spotcheck 10 PERKARA PELIK tentang saya : 
  1. I HATE korean drama sebab bila dah tengok satu episod, akan jadi addict. Tak boleh nak berenti. Huhu..
  2. Bila terbuat kerja last minute, tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Padahal sebelum tu, sebesar habuk pun takda idea.
  3. Saya ambil masa lebih dari dua minit untuk cari kepelikan yang seterusnya. Tak sedar kepelikan sendiri ke ni? 
  4. Pencinta nasi sampai pergi KFC pun mesti order Chicken Rice. Takkan order lain.
  5. Mata boleh berair tiba-tiba bila dengar suara ayah dalam telefon. Padahal bukan cerita tacing pun.
  6. Anti-diet walaupun orang sekeliling semua diet.
  7. Sanggup keluar sorang bila urgent sebab taknak susahkan orang lain tolong teman. (Ni tak bagus)
  8. Lebih suka Mc Flurry berbanding aiskrim famous-famous yang lain. Tutti Frutty? Haagen Daz? Tak pernah terasa nak beli pun. Tapi selepas ni mungkin  try kut. Huhu..
  9. Tak banyak cakap, tapi lebih suka mendengar sebenarnya.
  10. Pernah berlegar-legar dalam Times Square, KL selama 12 jam.

Ok, tu je. Bila saya baca balik macam tak pelik je. Haha... tak apa lah. Maybe idea tak mencurah-curah kut kali ni. Terima kasih Cik Xila tag saya. Terima kasih Cekbolat sebab anjurkan segmen ni ^_^

Last bile? Haa... 29 November 2011 sebelum 12 tengah malam. Jom cepat!!

Nak tau jugak apa yang pelik tentang mereka ^_^



Saya cuma memenuhi syarat dari Cekbolat je. Yang lain pun kalau berminat boleh join sekali orite ^_^.


p/s : Terasa diri pelik tiba-tiba. ;p

Sunday, November 27, 2011

Meet My First Doodle - Asyfa ^_^



Hai semua ^_^. Entah kenapa hari ni tangan ni gatal pulak nak try doodle. Orang lain buat doodle, die pun nak buat doodle ye Khalila. Huhu... saje je try buat sambil tengok cerita Hijrah Karmila di TV9. 

Meet my first doodle :

ASYFA


Hahaa... entah hape-hape la doodle pertama saya ni. Jadi lah kan. Si Asyfa tembam, duduk sini diam-diam ye. Jangan ngorat-ngorat. Tak manis ok.

Owh, Malaysia dah 2-0 menentang Bahrain. Harap rezeki milik Harimau Malaya malam ni ^_^

Orang TAG, Saya Jawab ^_^




Hai semua ^_^. Cik adik Tyra tag saya tadi dalam game ni. Macam borang mengenal diri pulak. Hehee... Dah di tag, jadi saya jawaplah soalan-soalan yang ada. Nak tengok jawapan-jawapan saya? Ok, jom baca kat bawah.



Gambar macam takde kaitan. Tapi, Price Tag? Ade la kait sikit. Huhu


Check this out : RULES.

1. must post this rules.
2. post 11 things about themselves in their post.
3. have to choose 11 people to tagged them in their post.
4. don't forget to go their page and tell them.
5. no tag back!
6. no stuffed in the tagging section that ''YOU ARE TAGGEG IF YOU ARE READING THIS'' YOU LEGITIMATELY (a.k.a really trust with all honesty) have tagged 11 people.


11 THINGS ABOUT ME :

1. A 23 y/o lady (2011)
2. Seorang bakal guru sekolah rendah ^_^
3. Pemalu sebenarnye, tapi buat-buat tak malu ;p
4. Ade lesen motor, tapi tak ada lesen kereta (rempitkah?)
5. I love blue, tapi sekarang dah mula suka pink.
6. Selalu order Ice Lemon Tea
7. Window shopping itu terapi ^_^. Tak beli pun tak apa.
8. Suka makan mangga muda cicah budu. Korang penah try?
9. Senang tacing bila melibatkan hal orang-orang tersayang.
10. I love action movies as much as i love romantic movies.
11. I am a listener ^_^.

DONE.


MY ANSWERS :

1. Korang tengah buat apa?
= Answering Cik Tyra's questions ;p .

2. Hari ni dah makan berapa kali?
= Emm... dua kali.. owh! 3, 4 kali campur makan rambutan dan pulasan.

3. Lokasi korang sekarang?
= Atas lantai, depan tv, dalam rumah. Teluk Intan, Perak.

4. Lagu apa yang korang tengah dengar?
= On Rainy Days, lagu korea di 'cover' oleh Amalia Alias. Nak dengar? SINI

5. Di suatu sudut seseorang sedang?
= Mengadap laptop, online ^_^

6. Terjaga dari tidur korang buat apa?
= Golek-golek, check handphone, bangun pergi toilet.

7. Hari ni korang sakit hati dengan?
= Semut!

8. Ada telefon mak ayah tak hari ni?
= Tak ada, sebab diorang ada depan mata. Jadi, cakap mulut lagi senang. Huhu..

9. BFF korang yang paling sengal?
= Hahah... ade la budak-budak ni 2, 3 orang.

10. Korang buat apa lepas update blog ni?
= Emm... mandi kut.

11. Adakah korang bahagia dengan LIFE korang sekarang?
= Alhamdulillah. Bahagia dengan apa yang ada. Cuma harap hari esok lebih baik dari hari ini.


My SIMPLE QUESTIONS :

- No Question -


Maaflah, dua perkara saya tak buat iaitu listkan soalan dan tag 11 org jiran-jiran blogger. Jadi game tagging yang sampai kat blog ni tak berkembang. Bukan saya taknak teruskan perkembangan game ni. Tapi, saya dah buat disable highligt kt blog ni. Jadi nanti susah plak kawan-kawan yang saya tag nak copy ayat kat atas. Is that ok? Cik Tyra, thanx for tagging me ye. ^_^.


p/s : Tak apa ke kalau saya buat disable highlight dalam blog ni? Sebenarnya, baru je buat. Huhu...

Pakcik Wali Bukan Wali




Omar telah dimasukkan ke dalam lokap disebabkan salah faham. Di dalam lokap tersebut dia berjumpa dengan seorang pakcik yang dikenalinya. Selesai pakcik tu solat, Omar menegur pakcik tersebut.

Omar : Pakcik... macam mana pakcik boleh ada kat sini?
Pakcik : Aku boleh ada di mana-mana saja.
Omar : Pakcik ni wali, pun boleh masuk lokap?
Pakcik : Aku lebih suka berada di sini. Kat sini aku boleh solat dengan tenang.
Omar : Ooo... memang kene tunggu masuk lokap baru boleh solat ke pakcik?
Pakcik : Bukan apa. Kat luar sana tu manusia sibuk kejar dunia. Bila kat dalam ni, kita tak perlu nak kejar apa-apa. Bolehlah solat dengan tenang.
Omar : Sebelum ni kat luar pakcik solat tak tenang ke?
Pakcik : Sebelum ni kat luar 30 tahun aku tak solat.
Omar : Hah?! Pakcik tak solat 30 tahun?? Macam mana wali macam pakcik ni tak solat 30 tahun?
Pakcik : Aku sibuk.

Polis : WALI BIN RAHMAN...!
Pakcik : Ya, encik!
Omar : Haa...? WALI tu nama pakcik ke?
Pakcik : Yela, nama aku Wali. Kan dah banyak kali aku bagi tau kau.
Omar : Laa... sape pulak yang nak bagi nama macam tu?
Pakcik : Bapak aku la, Rahman. Ish, budak ni.


Hai semua ^_^. Sebenarnya baru je habis tengok cerita kat TV3. Tajuk die Si Puteh. Dialog kat atas tu adalah dialog salah satu babak dalam cerita tersebut. Lebih kurang macam tu la dialog dia. Ada la kut tak sama kat mana-mana. Dah besar Addy Ashraf. Dulu ingat tengok dia berlakon dalam filem Tentang Bulan.


(LINK)


Saturday, November 26, 2011

Rokok, Lelaki dan Wanita





Hai semua ^_^. Haip! Sape yang tengah merokok tu? Haa... semua tau rokok tu apa kan. Kecik-kecik dulu kenal rokok gulung je. Tak pun rokok daun. Sebab kecik-kecik dulu atuk selalu tunjuk cara gulung rokok. Mula-mula ambil 2 helai kertas putih. Kertas ke tah yang khas untuk rokok tu. Lepas tu ambil tembakau. Rata-ratakan atas kertas putih tu. Ambil cengkih secukup rasa. Gunting kecik-kecik sikit. Letak atas tembakau tadi. Lepas tu gulungkan rokok tersebut. Salah satu hujungnya basahkan sikit dengan lidah. Last sekali, ambil mancis bakar. Boleh nikmati rokok tersebut dengan sesuka hati. 

Ehhhh...... saya bukan nak ajar korang buat rokok gulung & hisap rokok. Tak! Tak! Saya cuma cerita apa yang saya perhatikan atuk saya buat dulu. Sampai sekarang atuk saya menikmati rokok tersebut (ayat skema). Huhuu... ayah saya tak merokok, adik-beradik lelaki saya pun tak. Harap-harap tak. Cuma atuk dan pakcik-pakcik saya je yang merokok. 

Antara lelaki dan wanita, siapa yang paling banyak merokok? Mungkin lelaki. Mungkin? Ya.... mungkin. Sebab wanita pun ada yang merokok. Saya pernah nampak beberapa kali. Nikmat ke? Huhu... entah lah. Tapi, saya tak pernah ada minat nak try pun rokok tu. Cukup la tengok orang lain je merokok.

Lelaki sensitif ke dengan isu rokok? Mula-mula saya tak terfikir pun macam tu. Tapi, suatu hari... tahun lepas kut. Saya pernah sembang pasal rokok dengan sorang kawan saya. Of course dia lelaki. Dan of course die merokok. Sebab tu saya tanya dia. Tapi saya tak sangka dia boleh tersinggung dengan isu ni. Padahal saya tak persendakan dia pun. Tapi lepas tu dia ok je. Huhuu.... lelaki sensitif ke? Sampai sekarang, saya tak pernah sebut atau tanya apa-apa yang berkaitan dengan rokok kat kawan saya tu. Takut die marah lagi. Huhuu...

Perempuan saya tak tau. Alhamdulillah kawan-kawan saya yang perempuan tak ada yang merokok.

Sekali dah merokok, memang susah nak tinggal eh? So, jangan mulakan. Encik Ex saya dulu pun merokok juga. Bukan tak pernah try suruh dia berenti. Tapi memang susah. Rasanya sampai sekarang masih merokok lagi kut. Oh, ya, tadi adik saya tunjuk satu video sorang brader ni merokok. Comel betul brader ni. Huhuu.... nak tengok? Kat bawah ni saya kasi videonye. Share dari Youtube.


Comel kan ^_^

Kepada bakal imam saya yang saya tak tahu sapa :
Harap awak tak merokok ye. Tapi kalau awak merokok jugak, apa boleh buat. Cuma harap awak tahu jaga diri. Kalau awak sanggup usaha untuk berhenti, saya bersyukur.


p/s : Janganlah marah jika ada seseorang meminta korang berhenti merokok. Itu semua kerana dia ambil berat tentang korang. [bagi yang merokok la]

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!




Inilah set Miracle Tab ^_^
Sangat teringin!




Hai semua ^_^. Apa yang saya kecoh-kecoh ni. Over pulak. Ish! Tapi memang sangat excited sebenarnya. Tau benda ni dari blog Nisa Kay. Baca tajuk entry ni pun korang dah tau pasal apa kan? Irine Nadia buat GA nak kasi Miracle Tab FREE. Sape penah dengar pasal Miracle Tab? Dari maklumat-maklumat yang saya pernah baca sebelum ni, produk ni sangat-sangat lah bagus. Mana saya tau? Dari blog Irine Nadia jugak. Nak tau pasal Miracle Tab, sila baca entry Irine Nadia pasal MIRACLE TAB ni ok. Penjelasan kat situ lagi jelas.

Masa saya baca info Miracle Tab tu, hati kecik kat dalam ni meronta-ronta kata nak cuba produk tu. Tapi, dompet pulak meronta-ronta kata jangan lagi. Sila sabar... kadar ketebalan ongkos sangat nipis sekarang. Lalu berkecil hati lah si hati kecik yang dah memang kecik.

Bukan apa, kulit muka saya alhamdulillah tak ada masalah yang serius. Tapi akhir-akhir ni, tetamu-tetamu comel sangat rajin bertandang di wajah.  Ish... nak halau, tetamu kan. Bila pergi, siap tinggal bekas lagi! Dulu tak macam ni. Stop satu produk, try produk lain. Tapi macam tu jugak. Dari produk mahal, sampailah ke Fair & Lovely yang memang membantu penjimatan wang. Dari produk untuk wanita lebih dewasa, hinggalah produk untuk muda remaja.

Hasilnya? Masih macam tu jugak. Tetamu-tetamu comel (jerawat), ton kulit tak sekata, masalah minyak di zon-T, kadang-kadang jeling kat cermin macam kusam je. Alahaii... sangat tak best. Bila dapat tau tentang produk Miracle Tab yang insyaAllah boleh membantu menjadikan kulit lebih sihat dan mengatasi masalah-masalah kulit yang lain, memang sangat-sangat berminat. Bukan kulit wajah je tau. Seluruh tubuh. Betul tak Irine? 

Tapi keadaan masih tak mengizinkan buat masa ni. Cakap kat hati banyak-banyak kali, sabar tau. Then, dapat tau dari blog Nisa Kay pasal GA Irine Nadia ni. Ohh... sangat excited. Kalau ada rezeki saya dapat Miracle Tab ni, memang rasa sangat-sangat bertuah dengan rezeki dari Allah ni. InsyaAllah.... Terima kasih Irine Nadia sebab buat GA ni ^_^.

Kalau korang nak join sekali GA Irine Nadia ni, klik SINI ok. 
Good luck ^_^

Closing date :
2 Disember 2011


p/s : Dengan izin Allah ^_^.

CANDID TIME CONTEST




Hai semua ^_^. Contest lagi..... yaaaa...... saya ada banyak masa nak join contest lagi. Contest apa? Sudah terang lagi berspotlight (melainkan skrin korang sleeping), contest ini adalah contest tentang "candid". Who love candid? I do. Of course suka candid gambar orang lain. Macam mana nak candid gambar sendiri? Tak jadi, tak jadi... yang jadi gambar syok sendiri ade la. Hehe... Thanx to Muna Rahimah for organizing this  interesting contest.

Sebenarnya saya ditag dalam contest ni oleh Daniel Adie. Gambar Adie memang candid betullah. Tak caye, tengok la kat ENTRY die ni. Adie ni macam taw saya tengah banyak masa sekarang, jari tengah rajin menaip, mata tengah gagah menatap skrin laptop. 

Tapi, jenuh jugak la godek-godek folder gambar nak cari gambar candid. TAK ADA!!  Haihh... semua gambar pandang kamera dengan yakinnya. Mata dengan lensa kamera ade magnet ke hape tah. Gambar candid orang lain ade la. Tapi terima kasih kat pakcik dan makcik saya, Fhatiah Sariaat & Iqbal Osman yang ade candid satu gambar masa majlis resepsi Kak Dalila & Abang Hanif bersama pasangan masing-masing. Saya ada cerita dalam entry INI.

Jadi, saya pertaruhkan je la gambar ni :


Muna Rahimah, terima je lah gambar ni ye. Tak tau lah ade ke tak ciri-ciri candidnye. Huhu... tak tau nak letak gambar ape dah. Saya tengah makan masa ni. Orang lain semua dah siap makan. Tiba-tiba pakcik saya panggil, dan itulah hasilnya.

"Haihh... banyaknye membebel jari kau ni."

Ok fine, ok fine...
I have to tag two bloggers
Nak tengok gambar candid diorang juge ^_^


Harap Ain dengan Farra join sekali. Eh, saya tag mereka berdua tak bermakna korang tak boleh join sekali. Jom join ramai-ramai. Hadiah-hadiahnya sangat menarik dan lumayan ^_^. Macam mana nak join? Mudah je. Boleh baca cara-cara dan syarat-syaratnya di entry Muna Rahimah. Klik je banner purple kat atas tu ok ^_^.

Closing Date :
13 / 12 / 2011


p/s : Kalau nak tengok gambar yang jujur, tengoklah gambar candid. Eh, yeke? Huhu...

Friday, November 25, 2011

Alunan Menyentuh Jiwa ^_^


Hai semua ^_^. Baru je sudah tengok telemovie kat TV3. Tajuknya Dakwah Muharram. Sape tengok jugak tadi? Kite geng. Heheh. Sebenarnya tahun lepas telemovie ni dah ada. Tapi tahun lepas saya tak sempat tengok. Sempat tengok part last je masa nyanyian nasyid kat Bukit Bintang tu je. Tahun ni sempatlah tengok walaupun separuh jalan cerita je. 


Antara pelakon telemovie ini :
Kumpulan Sofaz
Aqasha
Tamimi Saregar
Fouziah Ghous

Pengarah :
Erma Fatima

Saya tertarik dengan alunan nasyid yang last sekali tu. Cuba cari kat Youtube tak jumpa-jumpa. Last-last jumpa video bawah ni je. Tak pastilah sapa yang nyanyi. Dalam telemovie tu Aqasha miming je kan? Ke memang dia yang nyanyi? Betulkan saya kalau salah. Huhu...

Tapi alunan nasyid kat bawah ni memang sedap didengar. Cubalah dengar. Tajuk dia pun saya tak pasti betul atau tak "Dakwah Muharram". Sesiapa yang tahu inform pada saya ok ^_^ 


Lagu tema telemovie ni pun best jugak taw. Tajuknya Iman Dunia. Nyanyian Amir Sofaz dan Aqasha. Nak dengar? Boleh download kat link bawah ni ok. Kalau belum pernah dengar la. Sebab Telemovie ni dah tayang tahun lepas. Saya je baru cerita pasal ni. Hehe..



p/s : Maal Hijrah dah semakin hampir ^_^.

Ini Semua Tentang Persoalan






p/s : Hidup perlu diteruskan................. kan?

Wednesday, November 23, 2011

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists Siri 3





Hai semua ^_^.  Di kala petang yang tiada buat apa-apa ni, join bloglist Maera Ismail untuk bulan Disember. Tak susah, mudah je. Cara-cara nak join semua Maera dah listkan dalam entry di blog dia. Nak tau? Nak join? Boleh... takde hal lah. Klik je kat banner Maera yang sweet mweet tu ha. Straight saya bawak korang kat entry dia untuk bloglist ni.

Sampai bile? 
Hari ni je, sampai malam ni je.
23 November 2011
Sebelum 12 tengah malam.

Nak Join?
Jom cepat-cepat.
^_^

UPDATE! UPDATE!
Maera dah extend tempoh penyertaan.
Last : Jumaat (25.11.2011)
Sebelum 12:00 Tengah Malam

Jadi, sesiapa lagi yang nak join, jomlah 
^_^

Tuesday, November 22, 2011

Fesyen : Gimme Some Colours - Polyvore


Hai semua ^_^. Lama tak main Polyvore. Korang tau tak Polyvore tu apa? Salah satu yang korang boleh buat kat Polyvore tu adalah seperti gambar kat bawah tu. Mix and match pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Art expression pun boleh buat kat Polyvore tu. Tapi saya tak pernah try lagi. Semua yang saya buat cuma mix and match outfit saja. kalau nak shopping online pun boleh kut. Kut la. Saya tak sure. Dolar-dolar tu. Ceq mana mampu wehh... Hehee... Kalau tak minat memang boring. Tapi bila dah siap best pulak. Mix and match yang saya buat kat bawah ni bila dipakai, sesuai untuk gaya muslimah. Saya tak dapat la nak tunjukkan macam mana nak gayakan kan, sebab semua tu cuma gambar dalam alam maya je. Realiti tak ada kat tangan saya. Huhuu... Jadi korang bayangkan je la. ^_^


Gimme Some Colours






































Hello kitty shirt
$25 - delias.com

Zipper skirt
$215 - reissonline.com

Zara bootie boots
$100 - zara.com

Zara bootie boots
$100 - zara.com

FLORIAN DENICOURT satchel bag
£325 - liberty.co.uk

Cuteberry flower jewelry
$20 - yesstyle.com

Bangles jewelry
$26 - fantasyjewelrybox.com

Chain jewelry
$40 - modcloth.com

Forzieri fringe scarve
$198 - forzieri.com

Pashmina scarve
bonanza.com

Lancome Cosmetics and Skin Care Official Site: Make up, Skincare,...
$27 - lancome-usa.com






Klik link bawah ni untuk ke Polyvore saya ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...