Support Me Here ^_^

Sunday, December 04, 2011

10 Days Pictures - Day 4 : A Photo That Makes You Happy



Hai semua ^_^. Selamat berhujung minggu di hari yang paling hujung dalam seminggu. Ramai yang cuti hari ni kan. Kecuali sapa-sapa yang kerja di tempat kerja yang beroperasi hari-hari. Sapa yang cuti, jom ambil peluang merehatkan tubuh badan korang. Tak pun keluar la release tension, hari lain dah serabut kat tempat kerja. Tapi saya belajar lagi, belum kerja. Huhuu...

Eh, hari ni hari ke-4 challenges 10 Days Picture. I have to share a photo that makes me happy. Apa yang buat saya gembira ye? Ohh.... banyak sangat. Kalau letak semua gambar-gambar tu, mau berat bertan-tan la pondok kecik ni. Silap-silap nanti roboh pulak.


Adakah saya mengelat sebab gabungkan 4 gambar menjadi 1? Hehe.... its ok la kan. Bukan masalah besar. Gambar-gambar tu semua salah satu kenangan yang buat saya happy. 10 Julai 2011 lepas saya pegi daki Bukit Broga dengan 3 lagi member-member saya. 3 orang? Ye 3 orang. Lagi sorang yang tolong snap gambar-gambar ni. Tapi saya tak boleh dedahkan siapa dia. Bahaya! Heheh.... 

Saya bukanlah seorang yang adventerous sangat. Suka daki bukit sana, suka panjat gunung sini. Tapi bila orang sebut Bukit Broga, terasa teringin pulak nak daki. Eh, korang pun boleh try taw. Kat mane eh? Semenyih kut. Huhu.... Orang tua, budak kecik pun boleh sampai puncak dia. Masa pergi sana ada satu curam tu macam tak yakin je nak panjat. Malu la kan, orang tua, budak kecik pun boleh sampai atas. Takkan yang muda belia ni tak boleh. Tapi, dah sampai atas, tak berani toleh bawah. Rasa nak tergolek-golek sekali ke bawah tu ;p .

Kalau nak best, kene datang awal-awal pagi. Jadi, bila korang dakit bukit ni, sampai kat puncak boleh tengok matahari terbit. tapi saya tak sempat hari tu. Terlewat sikit, campur silap jalan lagi. Mana nak sempat. Huhu... Bila dah sampai puncak Bukit Broga ni, entah berapa puncak entah. Ada la kut 3, 4 puncak. Boleh tengok view kat kawasan tu. Tapi masa saya pegi tu kurang best sikit sebab jerebu. Tengok la siap kabus-kabus putih tu. Tu bukan awan taw, tu jerebu. Tapi tak apa, saya still enjoy hari tu. ^_^.


p/s : Nak panjat tinggi-tinggi berani, tapi dah sampai atas, tak nak turun........ *takut....... -_-"


*     *     *     *     *


21 menconteng:

RinsyaRyc said...

untungla panjat-2 gunung.. tu la perkara yng paling rin mengelat nak pegi . ohohoho. tpi terpaksa kut sbb ada BIG . sobss..

syufaa said...

tingin nak gii!
final dh dekatt. huwaaa.
tp tgk wyg xkire pun final dkt ke tak.
hahaha!! =.="

khalila ishak said...

@RinsyaRyc

ahahaa... cmne2 pun x dpt ngelak gak. tutor saya obses sungguh panjat2 gunung ni. siap ade club lagi. penah die plan nak bawak kitorg pegi panjat gunung.... x pegi2 lagi... pheeww....

khalila ishak said...

@syufaa
best taw syufa! ade free nnt pegi la. die mcm riadah je. pegi awal2 pagi, sebelum tengah hari dh boleh balik dah ^_^

eVa said...

bestnyerrr.. lama dah tak buat aktiviti lasak mcm tu.. geng masing2 bz.. rindu pulak..

Joe_Hans said...

broga hills... masih belum berkesempatan untuk mendaki... huhuhuh

Unknown said...

wha....bestnya kak lila...kami pun nak pegi..tp xda ksmptn...^^

khalila ishak said...

@eVa
tu la. bila ade can je on terus. ni pun x plan sgt. main ajak2, terus pegi. huhu

khalila ishak said...

@Joe_Hans\
xpe, broga hills x lari. bile ade can boleh pegi nnt. hehe

khalila ishak said...

@Cik Lyeen\
best best!. xpe, korang lame lagi kat kl tu. nnt ade mase boleh pegi. hehe

Karya Hati said...

alahhh..bile lah dpt g ni....

ainul.zmrs said...

wahh syiokknyaaa main panjat2 bukit hihi

ainul.zmrs said...

btw,nk minta tlg like pic ni bole?tlg sgt2

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150349717426222&set=a.10150312262601222.336151.199164651221&type=3

Cik Asma BLuppy said...

best nye broga hill!
bila la dpt peluang mendaki broga hill ni... sigh...


btw, saya tag kamu..hehe
http://asmabluppy.blogspot.com/2011/12/contest-by-izafiza-when-u-be-biggest.html

nur maisarah said...

teringin nak pegi. tapi tak pernah sampai.

khalila ishak said...

@ChaCha
insyaAllah, one day nnt bila free boleh la pegi ramai2. hehe

khalila ishak said...

@naf.
hehee... penat tapi best! dah vote dah naf ^_^. gudluck ^_^

khalila ishak said...

@Cik Asma BLuppy
best! ok la untuk riadah satu family sebab org tua, budak kecik pun naik bukit ni jugak ^_^

khalila ishak said...

@| cik azeya |
xpe2.... bila ada peluang nnt jangan lupa pegi taw ^_^

Hafiz Hafizol said...

BROOOGAAAA HILL!!!

khalila ishak said...

@hafiz hafizol
BEST!! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...