Support Me Here ^_^

Monday, December 19, 2011

Terkedu Bila Ditanya Soalan Sebegini...


Hai semua ^_^. It's Monday again. Tapi saya masih dalam mood cuti. Sesiapa yang bekerja tu, happy working ye. Korang kerja lah dengan senyuman. Everything will be ok! (Nak ok macam mana kalau kene leter dengan bos.... erk..). Sabar, sabar. Meh sini, saya nak cerita sikit. Tapi saya bukan nak cerita pasal kerja atau bos. Saya nak cerita benda lain.

Korang pernah tak ditanya soalan yang buat korang terkedu? Macam, "Eh, kau kan yang bagi surat cinta kat aku tadi?" Sapa pernah kantoi macam tu? Hahaa.... comel je. Bukan soalan tu yang saya maksudkan. Ada seseorang bertanya pada saya semalam. Soalan yang jarang ditanya kepada saya lebih-lebih lagi oleh seorang lelaki. Biasanya gosip-gosip dengan geng-geng perempuan je. Heheh... kantoi. Seseorang tu bertanya kepada saya ;

 "Ila, awak suka lelaki yang macam mana?"


Soalan tu lah yang buat saya terdiam sekejap. Hah? Korang relax je dengar soalan macam tu. Ok, fine. Bukan apa, nak berangan tinggi-tinggi, saya pun manusia biasa. Mana ada manusia biasa yang terlepas daripada buat silap. Kan? Lama jugak terdiam, baru jawab soalan tu.

Kalau korang, korang jawab apa? Macam mana lelaki yang korang suka? Disebabkan saya perempuan, maka ciri-ciri lelaki lah yang saya kena jawab. Kalau korang lelaki, ciri-ciri perempuan yang korang sukalah. Jom sambung, apa ciri-ciri lelaki yang saya suka dan tertarik. Mungkin sama jugak macam korang (perempuan). Huhuu... Tak apalah. Kita share je.

1- Ada pegangan agama. Saya sedar saya banyak kelemahan. Jadi saya perlukan seseorang yang boleh bimbing saya untuk jadi lebih baik. Bila di rumah, dialah imam saya. Bila dah ada putera puteri, nanti dia ajar mengaji (ok dah jauh berangan. baru nombor satu. huhu).

2- Bertanggungjawab. Siapa taknak orang yang bertanggungjawab kan? Takkan kita nak bersama dengan orang yang suka lepas tangan. Apa-apa masalah buat tak endah je.

3- Jujur dalam segala hal. Tak best lah kalau suka selindung sesuatu daripada pasangan. Walaupun sekadar perkara remeh, kalau tak jujur, nanti macam-macam andaian bermain dalam kepala. Mulalah timbul alasan nak gaduh. Gaduh manja tak apa jugak, tapi kalau gaduh sampai baling pinggan kaca? Haishh....

4- Kelakar atau ada sense of humor. Betul, saya suka orang yang kelakar. Terasa hidup macam ceria je. Orang-orang yang kelakar ni selalunya boleh menghidupkan suasana. Tapi tak adalah kelakar sampai semua benda nak buat main-main. Biarlah kena pada tempatnya.

5- Matang. Orang yang kelakar tak semestinya tak matang kan? Banyak je orang yang matang tapi dia kelakar jugak. Ade kan? Ade kan?

6- Tahu buat keputusan. Dalam hidup ni macam-macam pilihan kita kena buat. Jadi, perlu buat keputusan yang betul. Bukan bermakna bergantung sepenuhnya terhadap keputusan dari dia. Tapi, apa-apa hal boleh bawa berbincang. Keputusan yang dibuat akan menentukan masa hadapan sama ada baik atau buruk.

7- Tak merokok. Saya tau majoriti lelaki merokok. Tapi saya lebih kagum pada lelaki yang tak merokok. Lebih kagum lagi bila lelaki yang merokok tu berusaha bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok.

8- Penyabar. Seseorang yang penyabar takkan mudah melenting. Bila timbul sesuatu masalah, tak akan buat tindakan melulu tanpa usul periksa.

9- Peneman. Susah nak cari lelaki yang sanggup teman perempuan pergi survey atau beli barang. Senang cerita, shopping atau window shopping. Tapi saya ade kenal beberapa orang yang tak kisah ikut perempuan beli barang. Sweet ^_^.

10- Penasihat. Saya suka orang yang bijak memberi teguran dan nasihat. Tapi bukanlah teguran yang tak berasas dan menjatuhkan semangat saya.

11- Hormat. Perhubungan yang tak ada nilai-nilai hormat tak akan bahagia. Lelaki yang menghormati seseorang wanita takkan membiarkan wanita yang disayanginya terjerumus ke lembah maksiat. Begitu juga pandai menghormati orang lain.



Emm.... ada lagi sebenarnya. Tapi cukuplah saya senaraikan 11 ciri ni je. Mungkin korang (perempuan) pun nak lelaki yang ada ciri-ciri macam ni. Mungkin korang (lelaki) pun nak perempuan yang ada sebahagian daripada ciri-ciri kat atas. Taste setiap orang berbeza. Yang saya senaraikan kat atas tu mungkin kebanyakannya perkara-perkara yang asas. Korang mungkin ada ciri-ciri yang lagi spesifik. Rambut panjang ke, kulit putih, banyak duit, ade ferrari, ada ladang kuda. Ohhh..... kalau nak senaraikan perkara-perkara macam tu....... kalah la senarai perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa (ok, ni hiperbola).

Apa-apa pun, sesiapa yang telah Allah tulis buat diri kita tak semestinya ada semua ciri-ciri lelaki / wanita yang kita nak. Tak mustahil kalau orang yang hadir tu bukan taste kita. Tapi kita perlu belajar menerima orang tersebut. Siapalah kita. Bukan terlalu sempurna. Kita pun ada kelemahan jugak.


p/s : Mungkin mudah untuk kita menerima kelemahan orang lain. Tapi bukan mudah untuk menemui orang yang boleh menerima segala kekurangan diri kita seikhlas hatinya.

22 menconteng:

nini said...

memang kita boleh listkan banyak ciri2 yang kita suka...tapi sumtimes, bila hati da suka, tadek ciri2 yang kita listkan pun jalaaaaannnnnn je..haha

khalila ishak said...

@nini
haha.... betul tu nini... tak dinafikan ^_^

DanieL AdiE said...

Banyaknye..

majoriti or I might say those characteristics that u listed sama macam orang lain..

All the best khalila..

NN said...

1 dalam sejuta... susah nak cari lelaki yg ada ciri-ciri kat atas...

Zehan Ilyana said...

huhu...tak terfikir lagi..:)

aReLaN said...

mga jmpe lelaki ngan ciri2 yg diimpikan.heeheh..teman shopping leh je tp klu dh lme sgt mmg tensen. nk cri satu brg je tp berpuluh kedai dia masuk. :p

zizidiazora said...

Khalila,
Sebenarnya dalam soal memilih pasangan hidup semuanya kerana kita nak memakmurkan hidup kita. Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang. Tapi masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra kerana sebuah kebenaran itu kadangkala mengandungi kesilapan.

Marcella said...

fuyo...

semoga ketemu jodoh seperti itu..

iAmCekbolat said...

toinggg ! wah2.. kkak bolat ni.. bolat dh trhidu nsi mnyak plak.. =D

NUR AYNIE said...

kalau sye buat list kang jadi entry baru lak kat cnie haha..

Woofer Storm said...

sy tak merokok,tapi sy takde ciri2 yang lain tu..sub3

#wa rasa nak ngis je..hehee

Fiq Fikri said...

khalila sory fiq komen dkt sini.huhuh ctik la header,seblum ni..tak boleh tgok,sbb line lembab mcm sotong huhuhu...

mmg nice sgt..huhuh

senses of soul said...

cakap la suka macam sy.. =)

Papa PUSS said...

All the best..
and nice entry..


Follow here..
Hope hit me back.. Thanks

khalila ishak said...

@DanieL AdiE
banyak ke? huhuu... tu lah. tu ciri2 asas yg semua org nak kan. tapi x semua ada pada org yg hadir dlm hidup kita. ;)

khalila ishak said...

@Nurul ain
betul tu ain. mana ada manusia yg sangat2 sempurna melainkan Rasulullah. yg penting kita perlu belajar menerima kelebihan dan kekurangan org tu. ;)

khalila ishak said...

@Teenager Housemaid
hehee... bila tiba masanya... akan terfikir juge

khalila ishak said...

@aReLaN
hahaaa.... normal la pmpuan macam tu. InsyaAllah. tp tak mengharap sgt. semua org ada kelebihan dan kekurangan sendiri. cuma perlu belajar untuk terima ;)

UNAI said...

salam kenal. dah folo awak..

hmm..ape jawapan sekalipun, yang penting kita kena terima pasangan kita seadanya.. ;D

Ujie Othman said...

akak dulu tak penah terfikir psl ni..
terjumpa, suka, kawin.

yg pnting betulkan diri kita..sbb yg sama mcm kita je yg akan dtg kat kita. jarang2 org dpt psngn jauh lebih baik/teruk.

ღKekunangpelangiღ said...

Agak-agak, epol ada ciri-ciri semua tu tak? Ehem2. Hem! ;p

Honey Kumicky said...

Khalila tau Honey suka yg mcm mane kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...