Support Me Here ^_^

Saturday, December 31, 2011

Al-Kisah Jadi Bidan Terjun di Cahya Shoppe


Hai semua ^_^. Sambil lewa update blog semakin menjadi-jadi sekarang ni. Agaknya kalau pengawas yang jaga, dah kene denda tuan blog ni sebab tak update blog. Huhuu... Jadi, azam sebelum tamat tahun 2011 ni, nak update dua (2) cerita dalam satu malam. Haaa...... orang lain semua pasang azam nak mula tahun baru. Saya pulak azam sebelum 2011 ni tamat.

OK, entry ni untuk cerita pertama.

Tengok tajuk saya jadi bidan terjun. Apa bidan? Apa terjun? Mak bidan terjun bangunan nak selamatkan baby ke hape ni? Huhuu... No.. no... Tak ada la bidan terjun sangat. Actually, sorang kawan lama saya sejak sekolah menengah dulu baru bukak butik pakaian di Teluk Intan. Sapa orang Teluk Intan? Haaaa, boleh la jenguk butik Cik Ain ni. Nama butik dia Cahya Shoppe. Satu baris dengan bangunan Kolej Komuniti Teluk Intan. Berhampiran dengan jambatan tu.

Jadi, satu hari tu dia ada request dekat saya untuk jadi "patung" gayakan tudung dan shawl di butik dia untuk promo di Facebook (kut) dan blog dia. Tak pikir panjang pun. Masa free terlalu banyak cuti ni, jadi apa salahnya saya tolong dia kan. Mungkin dia nampak saya selalu pakai shawl dan kebetulan saya tengah cuti sekarang. Tapi................mampu ke saya buat? Tak pernah try benda-benda macam ni. Huhuu...

Sampai hari yang ditetapkan, saya datang butik dia buat kali kedua untuk photoshoot ni. Ish..... taip ayat bajet macam model je nak photoshoot, photoshoot. Huhuu.... maafkan saya. Excited ada, risau ada, sebab tak pernah try benda macam ni kan. Tapi nasib baik Cik Ain ni ada. Jadi, saya rasa ok je la kut. Lilit-lilit shawl pun ikut suka, ikut dan je. Yang penting, bahagian-bahagian shawl yang nak ditunjukkan tu viewer boleh nampak.

**Sorry la Ain kalau aku tak pandai bergaya depan camera. Hehe...

Banyak jugak selendang yang saya pakai hari tu. Lebih la kut dari sepuluh helai. Banyak la tu kan. Hehe... Tudung express pun ada. Owh... lupa. Ada beberapa shawl dan tudung syria yang saya pakai hari tu, handmade taw. Maksudnya, ada tambahan-tambahan manik, benda-benda comel (lupa apa nama dia, taip je la benda comel). ^_^

Interior design butik Cahya Shoppe ni cantik taw. Suka duduk dalam tu. Tapi saya tak sempat snap gambar hari tu. Sibuk melayan shawl. Hehee... Kat bawah ni saya letak beberapa keping gambar butik tu masa saya datang kali pertama dan kedua.



Ni gambar lepas selesai photoshoot. Ain Tag saya kat FB. Thank Ain & Zaki ^_^.


Yang paling BEST, Ain bagi saya shawl ni FREE! Suka. Esoknya, keluar terus pakai. Selesa taw. Hehe... Maybe korang tak dapat nak nampak macam mana shawl ni. Nanti gambar masa photoshoot Ain dah upload, saya share kat blog ok. Sorry, saja blur kan muka. Nak suruh korang fokus kat shawl. ^_^. Nak tengok beberapa keping gambar dalam butik Cahya Shoppe? Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.





Nak tengok item-item jualan Cahya Shoppe?


p/s : Gambar-gambar untuk promo shawl tu nanti saya share kemudian ye. Sekali lagi terima kasih kat butik Cahya Shoppe, Cik Ain dan Zaki sebagai photographer. Entry kedua akan menyusul sebelum tengah malam. ^_^

6 menconteng:

AY said...

happy new year!
2012
lepas ni boleh bagi afiq angry bird kan.. ha3

aReLaN said...

saya org teluk intan!!!!hahaha...ooo..knal bgn tu tp xnmpk lak kedai tu.br beberapa hari lepas lalu stu otw g doa selamat kt kg bahagia.

zizidiazora said...

khalila, nanti belajar cara2 nk photoshot sebagai model dengan daniel adie or hizami. dorang dah expert bende2 cam gini...hehehe....

khalila ishak said...

@Fixx

hahaa... angry bird yg ade tu pun, org bagi. hepy new year :)

khalila ishak said...

@aReLaN

hehee... nnt boleh la jenguk2 butik ain tu. baju lelaki pun ade taw. mungkin x perasan. sebaris je dgn kolej komuniti tu. :)

khalila ishak said...

@zizidiazora

hahaaa... adie dgn hizami tu dh expert sgt dah tu. sy cuba2 je, tolong member abg zizi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...