Hai semua ^_^. Ape khabar hari ni. Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari ni lebih baik dari semalam, kelmarin dan sebelum-sebelumnya. Apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. Tapi jangan tinggal terus. Ambil sikit buat pengajaran untuk hari ini, esok, lusa dan hari-hari seterusnya. Kenangan manis ke, pahit ke, masam masin ke, semua kena terima dengan redha.
Cinta lama..... saya dah kehilangan cinta lama. Tapi apa boleh buat. Sedih-sedih pun, bukannya datang balik. Bukannya boleh kembali semula. Ambil jam dinding, putar balik jarum jam ikut arah berlawanan pun mustahil mampu ulang balik masa lalu. Tak mungkin masa bersama cinta lama tu akan berulang lagi. Semua tu dah jadi kenangan dan kenangan bersama cinta lama tu akan sentiasa terpahat dalam hati dan fikiran saya. Cinta lama tu lah yang selalu teman saya kalau saya tengah study malam-malam. Bersyukur sebab Allah pinjamkan cinta lama tu sekejap pada saya....
Cinta baru. Ya, saya dah ada cinta baru. Cinta baru pandang pertama lagi tau. Hehee... pertama kali nampak dah jatuh hati. Tunjuk kat ayah. Ayah pun setuju. Dia pun suka dengan cinta baru saya tu. Hati dah berbunga-bunga dah. Suka sangat ^_^. Harap Allah bagi pinjam cinta baru ni lama sikit.
Jom saya kenalkan cinta hati baru saya ni ^_^
Nama die Nickko
Ni lah die cinta hati baru saya. Cinta lama dah sampai ajalnya. T_T. Beli yang ni buat pengganti yang lama. Sabtu lepas dating kejap dengan ayah, singgah kedai ikan. Memang niat masuk mata terus cari ikan laga. Hehee... Boleh tahan la jugak ikan-ikan laga yang ada kat kedai tu. Harga pun tak mahal sangat. Seekor cuma RM3.50 dan yang ni lah yang paling menarik hati saya. Warna silver-merah ada kebiru-biruan sikit. Ingat nak cari yang ekor panjang sikit, tapi tak ada. Ni pun jenuh pikir nak bagi nama apa. Last sekali, saya pilih nama Nickko.
Nama dia Nickki
Yang ni Nickki. Tapi Nickki bukan pengganti cinta lama saya. Sebab Nickki ni ayah saya punya. Tengok dia garang kan. Ish3... Nickko kawan dengan Nickki je la kat rumah tu. Err.... kawan? Kawan ke? Asal jumpa je nak gaduh-gaduh. Semoga panjang umur ya. Tau ikan macam ni tak tahan lama. Tapi dah minat nak buat macam mana kan ;) .
Nak tau yang mana cinta lama saya? Saya pernah cerita dalam ENTRY ni. Tak mungkin lupa dia. Sedih gak sebab tak sempat jumpa cinta lama tu sebab dia dah kehilangan nyawa sebelum saya balik cuti....
Inilah cinta lama saya. Nama dia Tembam. Tembam? Yaaa.... Tembam. Tah la, kawan saya yang bagi nama. saya terima je lah. Huhu.... Suka ikan laga yang ekor kembang-kembang macam penyapu. Lagi kembang dari penyapu pun tak apa. Tak minat sangat ekor pendek. Tembam..... you are always in my mind ^_^. Selamat bersemadi.....
p/s : One day... saya nak letak akuarium besar kat rumah. Tapi tak nak sebesar kat Pusat Sains Negara atau Akuaria. Cukuplah ikan-ikan comel tu dapat berenang dengan senang-lenang. Nak bela ikan pelik-pelik, comel-comel ^_^
IKLAN
Ada peluang nak menang BlackBerry dengan U Mobile !Lenguh bila duduk depan laptop? Jom try Tiger Balm.
14 menconteng:
waahh..suke ye bela ikan laga... comel kan
comel la ikan tu ... >_<
@SoLy SoLicious
yup! suke sangat sebab die cantik dan comel ^_^. tapi yg ni jenis biasa2 je. nak lagi best yang puluh2, ratus2 harga die. huhu... x mampu le
@RinsyaRyc
comel taw rin ^_^. boleh buas terapi lagi kalau tensen2
bela ikan? wah..comelnye..sis maera takleh bela ikan, nanti kuceng 2 ekor tu makan.wuwu~
@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid
haaa... yela. lagi la tengok ikan tu warna warni macam selera je kucing tu nak makan. hehe...
Ow.. khalila minat ikan ye.. :)
@EpoLღKekunangpelangi
ye betul ^_^. suka ikan yg cantik2 cmtu. dulu akuarium ade. tp kenapa tah, dh buang lama dah. Skarang nak bela, bela ikan laga je la. huhu
teringin jugak nak bela. sbb ini pun hrga 3,50 jgk tau^^
wahhh. suma ikan tu cantik! nak bela ikan gk la lepas ni :)
btw dah folo akak :)
@DAYG ♥
cntik kan ^_^. bela banyak2 taw . time kasih Dayg ^_^
@El-Janna
bela ikan boleh jadi terapi taw. hehe... tu la murah je. tapi ade yg mahal lagi. harga mahal, warna dia pun mahal jugak. huhu
hensem teman baru awak tu hehehe
@Azham Vosovic
hehee... hensem kan ^_^
Post a Comment